Scott Ogden British pertama raih pole sejak 2020

Scott Ogden (CIP Green Power) mencipta sejarah tersendiri apabila muncul sebagai pelumba Britain pertama sejak 2020 yang berjaya meraih petak utama dalam kelas Moto3, selepas mengungguli sesi kelayakan penuh cabaran di Sachsenring, dalam keadaan hujan dan trek licin.

Sesi kelayakan yang berlangsung dalam cuaca tidak menentu menyaksikan Selekoh 11, digelar “waterfall”, benar-benar menjadi medan ujian buat para pelumba. Sesi Q1 terhenti seketika dengan bendera merah selepas Guido Pini (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) terbabas di Selekoh 8 sewaktu pusingan pemanas badan, menyebabkan pagar udara rosak dan perlu dibaiki.

Namun selepas sesi disambung, empat pelumba berjaya mara dari Q1 ke Q2 iaitu Cormac Buchanan (DENSSI Racing – BOE), Valentin Perrone, Eddie O’Shea (GRYD MLav Racing), dan Noah Dettwiler (CIP Green Power).

Dalam keadaan trek yang kekal basah, semua pelumba memilih tayar hujan dan mula memperbaiki masa secara berperingkat. Adrian Fernandez (Leopard Racing) sempat mendahului carta sebelum tersasar di Selekoh 1, memberikan ruang kepada Ogden untuk mencatat masa terpantas.

Meskipun sesi turut menyaksikan kemalangan daripada David Muñoz (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) dan Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo) kedua-duanya juga terbabas di Selekoh 8 bendera kuning menyebabkan tiada pelumba lain dapat memperbaiki catatan masa, sekaligus mengekalkan Ogden di petak teratas.

Scott Ogden akan memulakan perlumbaan dari Petak 1, diikuti oleh David Almansa (Leopard Racing) di Petak 2, dan Pini yang bangkit selepas kemalangan awal untuk melengkapkan barisan hadapan. Muñoz, meskipun jatuh, masih sempat merekod masa keempat terbaik, diikuti Carpe dan Fernandez.

Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team) mengetuai barisan ketiga diikuti oleh pelumba Q1, Cormac Buchanan, dan satu pencapaian terbaik buat Eddie O’Shea (GRYD MLav Racing) yang bermula dari Petak 9 yang merupakan pencapaian tertinggi dalam kariernya setakat ini.

Jose Antonio Rueda (Red Bull KTM Ajo), selaku pendahulu kejuaraan, hanya mampu mencatat masa ke-12 terpantas, menunjukkan beliau bergelut dalam cuaca basah dan memerlukan strategi ampuh untuk bangkit pada hari perlumbaan. Satu petak di belakangnya ialah Joel Kelso (LEVELUP-MTA) di P13.

Berikut merupakan keputusan penuh aksi kelayakan Moto2:

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related