Sesi Latihan 2 (FP2) menyaksikan pelumba negara, Hakim Danish memperbaiki catatan masa berbanding sesi latihan pertama (FP1) sebanyak 0.146 saat, sekali gus melonjak ke kedudukan keempat untuk mengesahkan tempat ke pusingan kelayakan kedua (Q2) yang bakal berlangsung esok.
Meskipun kelihatan sedikit bergelut ketika mengambil beberapa selekoh, Hakim Danish berjaya mengawal kestabilan jenteranya dan meneruskan sesi tanpa sebarang masalah besar.
“Pasukan saya bagi semangat dan sokongan yang penuh. Sekarang semua terletak kepada saya untuk perbaiki tunggangan saya. Saya akui kelemahan saya di highspeed corner. Saya kena tengok data dan perbaiki kelemahan-kelemahan saya. Saya sejujurnya berasa lebih baik dibandingkan dengan tiga pusingan lepas.
“Saya akan cuba sebaik mungkin.
“Saya sasarkan pole position. kalau takde rezeki saya akan cuba yang terbaik,” ujarnya
Pengurus Pasukan ZK Racing , Zulfahmi Khairuddin turut berpuas hati dengan keputusan yang ditampilkan Danish hari ini.
“Permulaan yg bagus, Danish menempatkan diri di petak ke 4 dan 5. Namun masih ada bahagian yang perlu kami berikan fokus dan perhatian lebih. Saya sarankan supaya danish memberikan perhatian penuh kepada pace untuk aksi hari ahad nanti kerana ianya yang paling mustahak.
“Pace yang baik turut dapat memberikan saingan kepada pelumba lain, dan danish juga dapat bersaing untuk kedudukan podium.
Dalam pada itu, Alvaro Carpe yang muncul terpantas dalam FP1 gagal mengekalkan momentum apabila sekadar menamatkan FP2 di kedudukan ketujuh.
Sebaliknya, David Almansa mencuri tumpuan apabila bangkit daripada kedudukan ke-17 untuk melakukan kejutan pada penghujung sesi. Pelumba itu akhirnya muncul terpantas FP2 dengan catatan masa 2 minit 11.427 saat.
Kelompok 4 terbaik turut dihuni Rico Salmela dan Veda Pratama ditempat ke-2 dan ketiga.


