Kecederaan bahu gagalkan Morbidelli dari terus berlumba

Nasib yang sama menimpa pelumba Franco Morbidelli dari pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team yang terpaksa menarik diri daripada perlumbaan utama MotoGP Jerman 2025 selepas mengalami kecederaan bahu susulan kemalangan dalam perlumbaan Tissot Sprint, semalam.

Insiden tersebut berlaku di Selekoh 8 pada Pusingan 3, di mana Morbidelli terjatuh dalam keadaan litar basah sewaktu sedang berada dalam kedudukan dua teratas. Ketika itu, pelumba Itali berusia 29 tahun itu menunjukkan prestasi memberangsangkan selepas membuat permulaan cemerlang dari barisan kedua dan memberikan tekanan awal kepada pendahulu perlumbaan, Marco Bezzecchi.

Namun, malang tidak berbau apabila beliau tergelincir dan terhumban keluar dari saingan, sekaligus menamatkan harapannya untuk meraih podium pertama musim ini.

Menurut kenyataan rasmi pasukan VR46, Morbidelli mengalami kesakitan pada bahu kiri dan tidak akan beraksi dalam perlumbaan utama pada Ahad. Beliau kini disahkan sebagai “unfit” dan akan kembali ke Itali untuk menjalani pemeriksaan serta rawatan lanjut.

Kecederaan itu turut menyertakan beliau dalam senarai pelumba yang tidak turun ke grid bersama Maverick Viñales (Red Bull KTM Tech3), yang turut mengalami kecederaan bahu selepas terjatuh dalam sesi kelayakan Q2 pada Sabtu.

Kedua-dua pelumba kini dalam pemantauan lanjut dan keputusan mengenai penyertaan mereka di Grand Prix Republik Czech di Brno akan dibuat berdasarkan perkembangan pemulihan masing-masing. Berikut merupakan keputusan penuh perlumbaan Sprint pada Sabtu.

Perlumbaan utama GP Jerman 2025 akan diteruskan malam ini jam 8 malam waktu Malaysia, dengan Marc Marquez bersedia untuk memulakan saingan dari petak utama selepas meraih kemenangan bergaya dalam Sprint semalam. Namun, litar kali ini bakal kekurangan dua nama besar di grid utama.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related