Jake Dixon ungguli sesi kelayakan Moto2

Jake Dixon (ELF Marc VDS Racing Team) tampil cemerlang dalam keadaan mencabar apabila berjaya meraih petak utama di Grand Prix Jerman Moto2 2025, dalam sesi kelayakan yang berlangsung dalam keadaan hujan di Sachsenring.

Pelumba Britain itu menewaskan Barry Baltus (Fantic Racing Lino Sonego) dan Tony Arbolino (BLUCRU Pramac Yamaha Moto2) dalam perebutan sengit yang hanya ditentukan pada pusingan terakhir.

Hujan yang turun sejak Q1 berterusan hingga ke Q2, menjadikan sesi kelayakan satu cabaran besar buat semua pelumba. Jake Dixon dan Barry Baltus, yang pada asalnya perlu melalui Q1, membuktikan keupayaan masing-masing apabila bukan sahaja mara ke Q2, malah menamatkan sesi di tiga teratas.

Manuel Gonzalez (Liqui Moly Dynavolt Intact GP), selaku pendahulu kejuaraan, bergelut dengan keadaan trek dan hanya mampu mencatat masa untuk bermula di Petak ke-16, jauh daripada kedudukan ideal untuk mempertahankan kelebihan mata kejuaraan.

Salah satu insiden utama dalam Q2 melibatkan Senna Agius (Liqui Moly Dynavolt Intact GP), yang ketika itu mendahului sesi sebelum terbabas dan menyebabkan bendera kuning dikibarkan. Walaupun tidak mengalami kecederaan, insiden itu menjejaskan peluangnya untuk kekal di depan dan beliau akhirnya terpaksa berpuas hati di Petak ke-4.

Dixon akan memulakan perlumbaan dari barisan depan bersama Baltus dan Arbolino. Albert Arenas (ITALJET Gresini Moto2) dan Deniz Öncü (Red Bull KTM Ajo) pula akan mengetuai barisan kedua, manakala Marcos Ramirez, Alonso Lopez, dan pendatang baharu Ivan Ortola menghuni barisan ketiga.

Joe Roberts (OnlyFans American Racing) melengkapkan kelompok 10 pelumba terbaik selepas sesi kelayakan.Beberapa pelumba berprofil tinggi gagal menyerlah dalam kelayakan ini. Aron Canet (Fantic Racing Lino Sonego) terjatuh dan hanya mampu bermula di Petak ke-12, manakala Diogo Moreira (Italtrans Racing Team) pemenang perlumbaan sebelum ini tidak berjaya melepasi Q1. Berikut merupakan keputusan penuh sesi kelayakan Moto2.

Perlumbaan Moto2 bakal berlangsung pada Ahad jam 12:15 tengah hari waktu tempatan (6:15 petang waktu Malaysia). Saksikan sama ada Jake Dixon mampu mengekalkan momentum dari barisan hadapan, atau adakah pelumba seperti Gonzalez, Canet dan Moreira akan bangkit dari belakang untuk mencuri tumpuan di Sachsenring.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related