Pertembungan akhir antara dua pelumba Ducati, Jorge Martin (Prima Pramac Racing) and Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) bakal tiba apabila Barcelona dipilih menjadi litar terakhir untuk perlumbaan MotoGP 2024 selepas Valencia dibatalkan akibat cuaca buruk.
Baca juga artikel sebelum ini: Barcelona dipilih gantikan Valencia
Selepas pengumuman pembatalan Valencia GP akibat banjir teruk yang berlaku pada 29 Oktober lalu, The Solidarity GP of Barcelona mengeluarkan beberapa inisiatif solidariti untuk wilayah Valencia yang dilaporkan sedang dalam usaha pemulihan dari segala kerosakan yang dialami akibat bencana alam.
Antara inisiatif yang diambil adalah dengan sebahagian dari hasil jualan tiket akan disalurkan menerusi pengumpul dana, Cruz Roja. Tiket tersebut turut akan dijual dengan harga yang berpatutan serendah 58.05 euro bagi ketiga-tiga hari perlumbaan.
Baca sepenuhnya disini: Sebahagian kutipan tiket disumbang ke Valencia
Bagaimana anda boleh mengikuti perlumbaan untuk pusingan ke-20 MotoGP. Anda boleh tonton melalui siaran berbayar dengan ikuti perkembangan keputusan perlumbaan di tarmacsports.net
Jadual MotoGP Barcelona Jumaat (15/11):
- Free Practice Moto3 16:00-16:35
- Free Practice Moto2 16:50-17:30
- Free Practice 1 MotoGP 17:45-18:30
- Practice 1 Moto3 20:15-20:50
- Practice 1 Moto2 21:05-21:45
- Practice MotoGP 22:00-23:00
Jadual MotoGP Barcelona Sabtu (16/11):
- Free Practice 2 Moto3 15:40-16:10
- Free Practice 2 Moto2 16:25-16:55
- Free Practice 2 MotoGP 17:10-1740
- Qualifying 1 MotoGP 17:50-18:05
- Qualifying 2 MotoGP 18:15.-18:30
- Qualifying 1 Moto3 19:50-20:05
- Qualifying 2 Moto3 20:15-20:30
- Qualifying 1 Moto2 20:45-21:00
- Qualifying 2 Moto2 21:10-21:25
- Sprint Race MotoGP 22:00 (12 Laps)
Jadual MotoGP Barcelona Ahad (17/11):
- Warm Up MotoGP 16:40-16:50
- Rider Fan Parade MotoGP 17:00-17:40
- Race Moto3 18:00 (18 Laps)
- Race Moto2 19:15 (21 Laps)
- Race MotoGP 21:00 (24 Laps)