SEPANG: Grand Prix Motosikal (MotoGP) Malaysia 2026 mencatat sejarah baharu apabila merekodkan kehadiran seramai 196,542 pengunjung sepanjang tiga hari perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang (SIC), sekali gus mengatasi rekod 190,997 penonton penonton yang dicatatkan pada edisi tahun lalu.
Pencapaian itu menyaksikan peningkatan kehadiran sebanyak lebih 5,545 pengunjung berbanding edisi 2025, meskipun masih belum mencapai sasaran 200,000 pengunjung yang ditetapkan oleh SIC dan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sebelum ini.
Namun, ianya tetap membanggakan kerana mencapai rekod baharu.
Pada 11 Oktober lalu, Menteri Belia dan Sukan, Dr Mohammed Taufiq Johari berkata pihaknya optimis sasaran 200,000 pengunjung mampu dicapai berdasarkan momentum positif susulan penganjuran Grand Prix Formula 1 (F1) Gulf Air Bahrain 2026 di SIC.
Menurutnya, kejayaan menarik kehadiran 261,000 penonton sepanjang tiga hari perlumbaan F1 berkenaan yang turut mencatat rekod baharu di SIC menjadi antara faktor keyakinan terhadap sambutan peminat bagi edisi MotoGP kali ini.
Beliau berkata demikian ketika sidang media MotoGP Malaysia 2026 selepas menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara SIC dan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (SWCorp).
Dalam perkembangan sama, pelumba tunggal negara dalam kategori Moto3, Hakim Danish Ramli turut mencuri tumpuan hari ini apabila berjaya meraih kedudukan ke-4 keseluruhan selepas perlumbaan Moto3 sebentar tadi.


