Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Catalunya secara rasmi dipilih pusingan akhir MotoGP 2024

Pihak DORNA sudah mengeluarkan siaran akhbar bahawa Litar Barcelona-Catalunya akan menjadi pusingan akhir MotoGP menggantikan GP Valencia, pada tarikh yang sama iaitu 15-17 November 2024.

MotoGP telah pun membuat permohonan kepada pihak berkuasa di Barcelona. Antara faktor Barcelona dipilih adalah disebabkan lokasi yang paling sesuai untuk peminat yang sudah pun membuat pembelian tiket mudah bergerak dari Valencia ke Barcelona melalui jalan darat dengan jarak 383km atau empat jam perjalanan dan pilihan perjalanan melalui udara.

Sebelum ini pusingan penentu di GP Valencia diputuskan untuk tidak diadakan disebabkan banjir buruk yang merosakkan kawasan setempat di Valencia dan dilaporkan kematian mencecah ratusan termasuk yang masih hilang. Angka korban yang dikemas kini oleh The Superior Court of Valencia adalah 133 mangsa meninggal telah dikenalpasti melalui cap jari dan DNA manakala 62 mayat masih belum dikenal pasti.

Baca juga: Angka korban banjir Valencia

Perdana Menteri Malaysia, PMX Anwar Ibrahim turut mengambil peluang dengan luah rasa simpati dengan tragedi banjir buruk di Valencia melalui hantaran di laman X.

Namun perlumbaan FIM MiniGP World Final 2024 tidak diadakan di lokasi yang sama disebabkan Barcelona atas sebab teknikal.

Baca juga: FIM MiniGP World Final diadakan di Aragon

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related