Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Kutipan jualan tiket GP Barcelona akan disumbangkan kepada Valencia

Kurang dari seminggu sahaja lagi, Grand Prix akan kembali beraksi dengan pusingan terakhir yang membawa matlamat untuk mengumpul sumbangan buat Komuniti Valencia selain menyaksikan aksi perebutan trofi juara dunia MotoGP 2024.

Selepas pengumuman pembatalan Valencia GP akibat banjir teruk yang berlaku pada 29 Oktober lalu, The Solidarity GP of Barcelona mengeluarkan beberapa inisiatif solidariti untuk wilayah Valencia yang dilaporkan sedang dalam usaha pemulihan dari segala kerosakan yang dialami akibat bencana alam.

Antara inisiatif yang diambil adalah dengan sebahagian dari hasil jualan tiket akan disalurkan menerusi pengumpul dana, Cruz Roja. Tiket tersebut turut akan dijual dengan harga yang berpatutan serendah 58.05 euro bagi ketiga-tiga hari perlumbaan.

Inisiatif ini merupakan usaha untuk menggalakkan penonton hadir ke perlumbaan pusingan akhir dan dalam masa yang sama dapat memberikan sumbangan selain hanya menyaksikan pertembungan terakhir pada musim ini antara pelumba Prima Pramac, Jorge Martin dan pelumba Ducati Lenovo, Pecco Bagnaia.

Mereka yang sudah membeli tiket untuk GP Valencia pada sebelum ini, juga boleh mendapatkan tiket baharu, meminta bayaran balik ataupun menyimpan tiket tersebut untuk digunakan pada tahun depan sebagai tanda MotoGP memberikan sokongan secara langsung kepada Komuniti Valencia.

Selain itu, tiga lelongan amal juga akan dilaksanakan sepanjang GP Barcelona, dengan alternatif membuat sumbangan secara terus ataupun menerusi pembelian kemeja-T #RacingForValencia yang dicipta khas untuk tujuan amal ini.

Kemeja-T itu merupakan satu usaha dalam memberikan peluang kepada peminat seluruh dunia untuk turut mengambil bahagian melalui dalam talian. Para pelumba MotoGP juga akan turut disertai pelumba lagenda dan VIP dengan melelong beberapa barang yang disumbangkan dari seluruh paddok.

GP Barcelona yang juga merupakan pusingan terakhir bagi musim ini dijadualkan membuka tirainya bermula 15 November sehingga 17 November ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related