Fermin Aldeguer selamat jalani pembedahan arm pump

Selepas satu lagi aksi hujung minggu yang cemerlang di Aragon buat pelumba muda BK8 Gresini Racing MotoGP, Fermin Aldeguer kini dilaporkan telah selamat menjalani pembedahan ‘arm pump‘ (lengan) pada 10 Jun lalu.

Perkara itu dimaklumkan sendiri menerusi satu kenyataan yang dibuat pasukan Gresini sejurus selepas ujian rasmi di Aragon berakhir. Aldeguer, yang meraih tempat ketiga dalam Sprint Race Tissot pada hari Sabtu tampil ceria dalam gambar yang dikongsikan pasukan, selepas menjalani pemeriksaan perubatan pantas.

Menurut pasukan, pelumba Sepanyol berusia 20 tahun itu dijangka tidak berdepan sebarang masalah untuk kembali berlumba di Mugello, dalam tempoh kurang dua minggu lagi dalam kalendar MotoGP yang juga merupakan litar ‘rumah’ buat pasukan Gresini.

Baru-baru ini pelumba berusia 20 tahun itu, menunjukkan prestasi memberangsangkan apabila menamatkan perlumbaan Sprint di GP Aragon di tempat ketiga sekaligus memberikan kedudukan podium keduanya untuk musim ini.

Perlumbaan di Mugello itu juga dijangka bakal menjadi pusingan yang dinanti-nantikan dengan Aldeguer pastinya akan menjadi antara tonggak utama untuk turun dengan semangat tinggi bagi terus memburu podium serta meneruskan permulaan musim yang mengagumkan dalam kemunculan sulungnya di kelas premier MotoGP.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related