Pelumba rookie pasukan Trackhouse MotoGP, Ai Ogura, disahkan tidak akan menyertai Grand Prix Aragon hujung minggu ini selepas menjalani pemeriksaan perubatan terbaharu di Barcelona pada Khamis.
Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada malam Khamis, Trackhouse memaklumkan bahawa proses pemulihan Ogura menunjukkan perkembangan positif selepas pelumba Jepun itu menjalani pembedahan kecil (keyhole surgery) untuk merawat keretakan pada bahagian atas tulang kering (tibia) kanan yang dialami ketika sesi pagi Jumaat di Silverstone.
Namun begitu, atas nasihat pasukan perubatan, Ogura masih belum cergas sepenuhnya dan akan terus memberi tumpuan kepada proses pemulihan bagi memastikan kesediaan menghadapi pusingan seterusnya di Litar Mugello, Itali.
Baca juga:


