Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Motorland Aragon dipilih bagi penganjuran FIM MiniGP World Series Final 2024

Selasa, 05 November 2024 – Kejuaraan Akhir Siri Dunia MiniGP FIM 2024, yang sebelum ini dijadualkan berlangsung pada pusingan akhir MotoGP™, kini akan berlangsung di MotorLand Aragon pada tarikh asal antara 12 dan 14 November.

Acara 2024 ditetapkan sebagai Final Dunia terbesar akan kekal tidak berubah dari segi format apabila pelumba dari seluruh dunia akan bersaing untuk merebut gelaran MiniGP Dunia. Acara ini akan mendapat liputan melalui media sosial dan dirakam oleh pasukan produksi MiniGP dan MotoGP™ di trek kart MotorLand Aragon.

FIM MiniGP Malaysia 2024 akan menghantar senarai pelumba yang telah pun layak secara automatik setelah disahkan berdasarkan kedudukan keseluruhan melalui perlumbaan akhir pada 19 Oktober 2024 yang lalu.

Bagi kategori 190cc, tiga pelumba terbaik dari Overall Championship layak ke World Final termasuk Qabil Irfan Azlan dan Farish Hafiy namun Adam Aiman adalah P3 dari Overall Championship menarik diri untuk menyertai World Final dan diggantikan dengan Adam Danial di tempat ke-5 Overall Championship.

Untuk kategori 160cc pelumba dari Vietnam, Viet Tuan yang berjaya menjuarai kategori itu akan mewakili negara menggunakan bendera Vietnam dan Airel Marzuki yang mendapat tempat kedua turut sama layak ke Aragon.

Qayyim Razim akan turut bersaing di Kejuaraan Akhir Dunia di Aragon mewakili FIM MiniGP Indonesia selepas pelumba negara itu muncul juara keseluruhan saingan kategori 190cc FIM MiniGP Indonesia 2024.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related