92 orang maut di Valencia, pusingan akhir di Valencia timbul kegelisahan

Arena bagi pusingan akhir MotoGP menjadi tanda tanya apabila Litar Rircardo Tormo yang dijadualkan menjadi penentuan bagi aksi perebutan kejuaraan antara Pelumba Prima Pramac, Jorge Martin dan Juara Bertahan, Pecco Bagnaia terlibat dalam banjir yang teruk semenjak Selasa.

Menurut laporan Sky News, setakat petang Rabu, sebanyak 92 orang dilaporkan maut dan Litar Sepanyol itu mengalami kerosakan yang turut menimbulkan keraguan dalam kalangan orang ramai mengenai perlumbaan MotoGP yang akan berlangsung dalam masa dua minggu.

Menurut Perkhidmatan Cuaca Sepanyol, jumlah hujan tanpa henti yang melanda bahagian tenggara Sepanyol dikhabarkan telah menyamai jumlah hujan dalam masa setahun.

Bandar-bandar tempatan, termasuk Chiva dan Cheste yang berdekatan dengan litar, dibanjiri air dan malangnya, terdapat ramai mangsa yang dilaporkan masih hilang.

Memetik laporan The Race, Pengurus Besar Litar, Nicolas Collado berkata proses penilaian kerosakan akan dimulakan untuk menentukan sejauh mana cuaca tersebut dapat mempengaruhi keputusan penganjuran acara tersebut.

Rakaman video di media sosial turut menunjukkan kerosakan besar di Litar Ricardo Tormo, dengan jalan masuk utama ke litar dihanyutkan dan tidak boleh dilalui. Litar minimoto yang terletak berhampiran pintu utama juga dimaklumkan hancur sepenuhnya, dan tempat parkir kereta di luar litar turut dilanda banjir.

Sekiranya, pusingan akhir perlumbaan MotoGP ini dibatalkan akibat bencana ia menjadikan perlumbaan kedua selepas banjir besar yang berlaku di wilayah utara Kazakhstan yang turut menyebabkan perlumbaan sulung Litar Sokol, yang sepatutnya berlangsung, ditangguhkan sebelum akhirnya dibatalkan.

Setakat ini tiada maklumat baharu yang diperolehi dan misi mencari lokasi alternatif bagi mengakhiri musim MotoGP masih dalam perbincangan.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related