Alex Marquez raih petak utama di Catalonia

Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) muncul wira sesi kelayakan apabila mencatat masa terpantas sekali gus memecahkan rekod pusingan di Litar Barcelona-Catalunya. Catatan 1:37.536 pada sektor terakhir cukup untuk menghadiahkan pelumba Sepanyol itu petak utama bagi Grand Prix Catalonia.

Di belakangnya, Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) mencuri tumpuan apabila mara daripada sesi kelayakan 1 (Q1) untuk menempatkan dirinya di barisan hadapan dengan catatan kedua terpantas. Juara dunia berganda Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) pula melengkapkan barisan depan, menjanjikan perlumbaan penuh dramatik di hadapan penyokong tempatan.

Barisan pelumba bagi sesi Q1 kali ini penuh dengan pelumba-pelumba bintang apabila barisan di grid menampilkan Jorge Martin (Aprilia Racing), Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team), Fabio Quartararo, serta Joan Mir (Honda HRC Castrol).

Namun, nama besar itu gagal menyerlah pada awal saingan. Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) dan Jack Miller (Prima Pramac Yamaha MotoGP) mencatat masa awal terbaik.

Quartararo kemudian melonjak ke Petak 1(P1) dengan 1:37.906saat, mencatat rekod pusingan baharu, manakala Di Giannantonio mengekori rapat di Petak 2(P2). Bagnaia dan Martin cuba mengubah nasib di saat akhir, namun gagal. Akhirnya, Quartararo dan Di Giannantonio berjaya mara ke sesi kelayakan 2 (Q2), meninggalkan dua juara dunia itu berdepan keputusan mengecewakan.

Saingan Q2 berlangsung sengit sejak awal. Alex Marquez segera mencatat masa dalam kelompok 1:37s untuk menguasai P1 sebelum Quartararo mengambil alih kedudukan seketika. Namun, Alex pantas merampas semula kedudukan teratas dengan catatan 1:37.914.

Drama tercetus apabila Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) dilihat bakal mencipta rekod baharu, namun catatan pusingannya dibatalkan. Peluang itu dimanfaatkan Alex Marquez yang kemudian menamatkan sesi dengan 1:37.536s, masa terpantas baharu di litar ini. Quartararo mengekalkan P2, manakala Marc Marquez terpaksa berpuas hati di P3 selepas terselamat daripada insiden hampir terjatuh di selekoh 5.

Barisan di grid

Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) akan memulakan perlumbaan dari barisan kedua bersama Acosta dan Di Giannantonio. Johann Zarco (CASTROL Honda LCR) pula berada di P7, disertai Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team) dan Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3).

Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing) hanya mampu P11, manakala Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) menutup kelompok 12 pelumba terbaik.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related