GP Catalunya: medan pertarungan ikonik

Litar de Barcelona-Catalunya sentiasa sinonim dengan aksi dramatik dan pertarungan saat akhir yang sukar dilupakan. Dari aksi ‘last lap showdown’ sehinggalah insiden bersejarah, inilah merupakan medan yang melahirkan detik-detik klasik MotoGP.

Mari kita imbas kembali beberapa momen terbaik sepanjang sejarah perlumbaan di sini.

2004: Rossi vs Gibernau

Musim pertama Valentino Rossi bersama Yamaha terus mencipta magis. Di Catalunya, aksi kejar-mengejar bersama Sete Gibernau sepanjang empat pusingan terakhir menjadi tontonan klasik, penuh aksi pintas-memintas sehingga ke garisan penamat.

2007: Pertarungan Tiga Penjuru

Casey Stoner, Rossi dan Dani Pedrosa tiga nama besar, satu pentas epik. Rossi cuba meniru aksi pintasan terakhirnya di selekoh penamat, namun Stoner kekal teguh mempertahankan kedudukan untuk meraih kemenangan keempat musim itu.

2009: Aksi mustahil tercipta

Ramai yang menganggap perlumbaan ini bukan sahaja Grand Prix terbaik dalam sejarah MotoGP, malah mungkin perlumbaan motosikal terbaik sepanjang zaman. Rossi menewaskan Jorge Lorenzo dengan pintasan di selekoh terakhir, sebuah tempat yang dianggap mustahil tetapi berjaya dicipta. Ianya merupakan momen yang kekal segar sehingga kini meskipun sudah selepas lebih sedekad.

2014: Fantastik 4

Marc Márquez, Dani Pedrosa, Rossi dan Lorenzo dua Honda, dua Yamaha, tiga hero tempatan dan satu legenda. Pertarungan sengit empat penjuru dengan drama di pusingan terakhir menjadikan edisi ini antara klasik moden GP Catalunya.

2016: Rossi vs Márquez berdamai

Setahun selepas insiden tegang di Sepang 2015, Rossi dan Márquez bertembung semula. Perlumbaan yang sengit hingga ke penghujung akhirnya dimenangi Rossi, namun yang lebih bermakna ialah mereka berjabat tangan di Parc Ferme yang sekaligus menunjukkan tanda perdamaian selepas kontroversi hangat mereka berdua.

Bukan itu sahaja, medan pertempuran ini juga turut melahirkan beberapa momen ikonik lain seperti berikut;

  • 2003: Loris Capirossi menghadiahkan Ducati kemenangan pertama dalam Kejuaraan Dunia.
  • 2006: Musim malang Capirossi diteruskan dengan insiden besar di selekoh pertama.
  • 2019: Aksi Jorge Lorenzo yang ‘menghentam’ Rossi, Andrea Dovizioso dan Maverick Viñales awal perlumbaan, membolehkan Márquez menang mudah.
  • 2020: Fabio Quartararo meraikan kemenangan MotoGP pertamanya, dalam perlumbaan penuh debar hingga ke penamat.

Litar Catalunya terus melahirkan detik bersejarah, dari pertarungan klasik Rossi hingga kemenangan sulung Quartararo. Tahun ini, adakah kita bakal menyaksikan satu lagi “last lap showdown” yang akan tercatat dalam sejarah?

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related