Kelab Sukan Bermotor ZK mengumumkan pelancaran Kejohanan Minimoto Kebangsaan 2025 sebagai langkah proaktif untuk menangani penurunan penyertaan dalam kejohanan sukan permotoran anjuran Litar Antarabangsa Sepang (SIC), hari ini.
Kejohanan ini bertujuan mengatasi kemerosotan jumlah penyertaan dalam SIC Ohvale Junior Championship (8-10 tahun) dan FIM MiniGP Malaysia (11-16 tahun) yang semakin berkurangan setiap tahun.
Menurut kenyataan rasmi penganjur, antara faktor utama yang menyumbang kepada situasi ini adalah kurangnya pendedahan serta penganjuran perlumbaan kategori pocketbike, menyebabkan bakat muda tidak mendapat peluang sewajarnya untuk berkembang dalam sukan permotoran.
Sebagai langkah penyelesaian, Minimoto National Championship 2025 diperkenalkan sebagai satu inisiatif berterusan untuk memastikan kesinambungan pembangunan bakat dalam sukan ini.
“Bagi menyertai kejohanan ini, peserta perlu melalui sesi pemilihan yang dijadualkan berlangsung pada pertengahan April 2025, manakala perlumbaan pertama akan diadakan pada penghujung April 2025.
“Kejohanan ini juga akan menjadi acara sokongan kepada FIM MiniGP Malaysia, dengan perlumbaan dijalankan di litar yang sama,” jelas mereka menerusi satu kenyataan.
Format perlumbaan Minimoto ini akan menggunakan konsep One Make Race, sejajar dengan format MiniGP. Setiap pelumba akan menggunakan motosikal Polini 40cc 2-stroke, yang akan disediakan sepenuhnya oleh pihak penganjur.
Selain motosikal, peserta turut dibekalkan dengan peralatan sokongan lengkap, termasuk alat ganti, helmet, khemah, dan kelengkapan lain. Yuran penyertaan akan diumumkan dalam masa terdekat.
Ini spesifikasi minibike:

Baca juga:



[email protected]
Sgt bagus untuk permulaan yg baik, bagi pelumba asas