Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Yamaha bakal buat pelancaran rasmi di Malaysia hujung bulan ini

Menjelang musim MotoGP 2025, setiap pasukan telah kembali dengan wajah baru yang akan memberikan cahaya segar di atas litar dengan pelancaran liveries baru bagi setiap pasukan yang dijadualkan bakal berlangsung tidak lama lagi.

Dengan pelancaran secara besar-besaran di Thailand yang mengambil tempat pada 9 Februari 2025, setiap pasukan sudah dijadualkan unntuk melancarkan wajah baharu buat pasukan masing-masing yang sudah sekian lama merehatkan diri selepas tamatnya musim 2024.

Acara pelancaran livery musim ini dijadualkan bermula pada 14 Januari 2025 dengan pasukan Trackhouse Racing mengambil langkah pertama di Charlotte, Amerika Syarikat. Pelancaran ini menjadi debut bagi pasukan tersebut di MotoGP, menjanjikan warna dan bakat baharu di atas litar.


Negara penuh sejarah, Itali, bakal menjadi saksi kepada beberapa pelancaran pasukan ternama. Antaranya, pasukan Aprilia akan mengadakan acara mereka pada 16 Januari di Milan, dengan perhatian khusus diberikan kepada juara dunia, Jorge Martin. Beliau dijangka mengumumkan nombor plat yang akan digunakan musim ini bersama warna dan corak pakaian perlumbaannya

Seterusnya, pasukan Gresini Racing dan Ducati juga memilih Itali sebagai lokasi pelancaran. Gresini Racing dijadualkan melancarkan livery mereka pada 18 Januari di Imola, manakala Ducati akan mendedahkan rupa baharu mereka di Madonna di Campiglio pada 20 Januari.

Asia Tenggara tidak ketinggalan menjadi lokasi pilihan beberapa pasukan. Kuala Lumpur akan menjadi pentas pelancaran bagi pasukan Yamaha dan Pramac Racing pada 31 Januari. Yamaha kembali bekerjasama dengan pasukan satelit baharu mereka sejak musim 2022, dengan Fabio Quartararo dan Alex Rins kekal sebagai pelumba utama mereka.

Sementara itu, pasukan Pramac Racing, yang kini bekerjasama dengan Jack Miller dan Miguel Oliveira, akan turut memperkenalkan livery baharu di acara tersebut.

Pasukan Pertamina Ensuro VR46 Racing pula memilih Jakarta, Indonesia, sebagai lokasi pelancaran pada 25 Januari.

Dalam pada itu, pasukan kontroversi musim ini Red Bull KTM Factory Racing dan Tech 3 yang mengalami masalah kewangan dimaklumkan akan membuat pelancaran mereka secara dalam talian (online) pada 30 Januari. Manakala, Honda HRC pula akan mengadakan acara di Jakarta, Indonesia, pada 1 Februari, dan Honda LCR memilih Bangkok, Thailand, pada 8 Februari sebagai lokasi pelancaran.

Pelancaran ini dijangka menjadi satu permulaan menarik kepada musim MotoGP 2025, dengan setiap pasukan berusaha menonjolkan identiti dan strategi baharu mereka. Semua teka-teki bakal terjawab dalam tempoh beberapa minggu ini, memberikan gambaran awal kepada peminat tentang apa yang boleh dijangkakan di litar musim ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related