Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Voge sertai Cup Prix 2025

Kejuaraan PETRONAS MAM Malaysian Cub Prix secara rasmi melancarkan musim baharu 2025 Litar Karting Antarabangsa LYL sekaligus menandakan permulaan kepada musim ke-32 kejohanan ikonik ini dengan format 10 pusingan perlumbaan.

Pengarah Promosi Safe Aim Mutual, Ron Hogg, menegaskan bahawa Cub Prix bukan sekadar sukan permotoran, tetapi platform yang lebih luas dalam membentuk komuniti serta menyumbang kepada pembangunan negara.

“Kejuaraan ini telah menjadi platform penting bukan sahaja dalam membentuk pelumba berbakat, tetapi juga dalam mencipta ekosistem yang mampan untuk komuniti Cub Prix. Kami berpegang kepada misi menyediakan persekitaran yang selamat dan kondusif kepada para pelumba, dan itu yang menjadikan Cub Prix unik selama lebih tiga dekad,” kata Ron.

Antara tumpuan utama musim ini adalah pengenalan kategori PETRONAS Sprinta Pro-Am Cup, yang bakal menampilkan penyertaan semula bekas pelumba kategori “expert”. Langkah ini dianggap sebagai satu aspirasi yang merentas batas usia, sekali gus menambah warna dalam saingan Cub Prix.

Musim ini turut mencatat kemasukan jenama pengeluar baharu, Voge, ke dalam kategori CP150 yang sebelum ini didominasi oleh Yamaha dan Honda. Kemasukan ini dijangka mencabar norma dan membuka ruang kepada pemain industri lain untuk turut serta dalam perlumbaan tempatan paling berprestij ini.

“Seperti mana Suzuki dan Modenas pernah mengisi grid 32 tahun lalu, kami menyambut penyertaan Voge sebagai satu langkah penting dalam memperluas horizon industri dua roda tanah air,” tambah Ron.

Selain saingan di litar, PETRONAS Cub Prix juga melangkah lebih jauh dengan inisiatif pendidikan keselamatan jalan raya melalui program kesedaran yang akan berlangsung di 16 buah sekolah menengah di Lembah Klang. Usaha ini dijalankan bersama PERKESO, sebagai sebahagian daripada komitmen Cub Prix dalam mendidik masyarakat tentang kepentingan menunggang dengan selamat.

Musim 2025 akan bermula hujung minggu depan di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (Utara) dengan kemasukan adalah percuma untuk semua pengunjung. Ini adalah peluang terbaik buat peminat sukan permotoran tanah air untuk merasai sendiri kehangatan Cub Prix secara langsung dari litar.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related