Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

‘Bukan lagenda MotoGP, tapi kakak sendiri’ – Ai Ogura

Di Grand Prix Red Bull of The Americas baru-baru ini, CNN berpeluang mengenali lebih dekat pelumba baharu pasukan Trackhouse MotoGP, Ai Ogura, yang juga Juara Dunia Moto2.

Penampilan pertamanya dalam kelas premier setakat ini cukup mengagumkan tetapi siapa sangka, idolanya sejak kecil bukanlah nama-nama besar seperti Valentino Rossi ataupun Marc Márquez. Malah, beliau menamakan kakaknya sebagai satu inspirasi sejak beliau kecil.

“Masa kecil dulu, saya tak minat sangat nak tengok perlumbaan MotoGP di TV. Jadi saya tak ada idola seperti Valentino, Casey Stoner atau Jorge Lorenzo. Satu-satunya orang yang saya kagumi masa tu ialah kakak saya, Karen,” kongsi Ogura kepada CNN.

Memetik laporan CNN, keluarga Ogura memang aktif dengan aktiviti litar sejak awal. Beliau dan kakaknya pernah berlumba dalam kelas yang sama dan menurutnya, Kakaknya itu selalu mengalahkannya dalam segala pertandingan dan saingan yang turut membuatkan memori itu sedikit “pahit” buat Ai, walaupun sebaliknya bagi Karen.

CNN turut mendapatkan pandangan Pengurus Pasukan Trackhouse, Davide Brivio dan Pemilik Pasukan, Justin Marks, untuk memahami kenapa Ogura dipilih menyertai pasukan berpengkalan di Amerika Syarikat itu bagi musim 2025.

“Kami ada dua pilihan: sama ada benar-benar fokus kepada konsep pasukan ‘Amerika’ dengan hanya pelumba Amerika, atau menjadikan pasukan MotoGP Trackhouse ini sebagai cabang pertumbuhan global untuk jenama kami,” jelas Marks.

“Akhirnya kami memilih jalan kedua ya, kami pasukan Amerika, dan kami bangga dengan itu. Tapi matlamatnya adalah untuk berkembang secara global. Dan Ogura adalah sebahagian daripada misi itu,” katanya.

Ogura turut berkongsi pengalamannya di hari-hari awal menguji jentera MotoGP, menyifatkannya sebagai pengalaman istimewa dan penuh emosi.

“Pada mulanya saya rasa mustahil untuk bersaing dengan Marc Márquez… tapi sekarang segalanya semakin realistik. Saya dah mula tenang, dan sekarang mindset saya jelas. saya adalah pelumba MotoGP, dan saya mesti kalahkan yang lain,” tegasnya.

Dengan rekod cemerlang di Moto2 dan sikap rendah diri yang dimilikinya, Ogura kini bukan sekadar pelumba Asia yang menyerlah, tetapi juga simbol kepada perkembangan MotoGP sebagai sukan global yang semakin diminati termasuk di Amerika Syarikat.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related