Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Vinales reda dengan keputusan

Maverick Viñales (Red Bull KTM Tech3) mengalami hujung minggu penuh drama di Grand Prix Qatar. Selepas aksi cemerlang menamatkan perlumbaan di tempat kedua, pelumba Sepanyol itu terpaksa akur apabila penalti 16 saat akibat tekanan tayar di bawah paras minimum menjatuhkannya ke kedudukan ke-14.

Sebelum penalti dikenakan, Viñales mengejutkan ramai apabila berjaya memintas juara dunia Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) dan bersaing sengit dengan Marc Marquez (Ducati Lenovo Team), yang akhirnya merangkul kemenangan.

Dalam hantaran media sosial selepas perlumbaan, Viñales turut meluahkan perasaannya meraih keputusan tersebut.

“Rasa hebat dapat kembali memimpin perlumbaan. Kami kekal tenang, percaya dengan usaha kami dan hasilnya jelas. Ketika mendahului, saya hanya fokus untuk kekalkan rentak dan konsisten setiap pusingan.

Menginbas semula saingan pada awal pagi tadi, Pelumba #12 itu memulakan perlumbaan dari petak keenam yang turut merupakan catatan terbaik bagi pasukan KTM dalam sesi kelayakan tetapi beliau berdepan kesukaran dalam perlumbaan Sprint apabila sekadar menamatkan di Petak 10.

Namun, kerja keras bersama pasukannya membuahkan hasil apabila Viñales mempamerkan permulaan mantap pada Ahad dan mula menyertai perebutan podium seawal pusingan ketiga.

Viñales mula memimpin perlumbaan pada pusingan ke-11, namun kemaraan Marc Marquez menghalangnya untuk mengungguli perlumbaan dan menempatkan dia di kedudukan Petak 2.

Apa yang lebih menyedihkan apabila impiannya merangkul podium pertamanya musim ini gagal dipertahankan apabila dikenakan penalti sekaligus menafikan podium sulungnya musim ini dan juga peluang KTM untuk meraih podium pertama 2025.

Namun, pelumba berusia 29 tahun itu tetap positif.

“Walaupun kehilangan tempat kedua, saya anggap ini satu kemenangan. Saya semakin serasi dengan jentera dan yakin dengan potensi diri. Apa yang penting adalah prestasi dan itu yang kami tunjukkan hari ini,” katanya menerusi datu kiriman di instagramnya.

Kini, tumpuan Viñales dan pasukannya beralih ke Grand Prix Sepanyol di Jerez, diikuti dengan ujian penting Jerez Test.

Dengan momentum yang semakin meningkat, diharapkan kejadian seperti ini tidak akan menghentikan momentum Viñales untuk terus memburu kejayaan musim ini.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related