Tomac terpaksa berehat akibat kecederaan leher

Hasrat Eli Tomac untuk memulakan kempen AMA Pro Motocross 2026 dengan cemerlang menerima tamparan apabila pelumba Red Bull KTM Factory Racing itu disahkan terpaksa berehat daripada beberapa pusingan akan datang susulan kecederaan yang dialaminya di Fox Raceway National minggu lalu.

Hasil pemeriksaan perubatan lanjut mendapati juara 450MX empat kali itu mengalami kecederaan hiperekstensi pada ligamen longitudinal anterior serta koyakan separa pada otot sternocleidomastoid kiri di bahagian leher.

Walaupun kecederaan tersebut tidak memerlukan pembedahan, Tomac dinasihatkan untuk memberi tumpuan sepenuhnya kepada proses pemulihan sebelum kembali berlumba menggunakan jentera KTM 450 SX-F FACTORY EDITION.

Setakat ini, tiada tempoh masa khusus ditetapkan untuk kepulangannya ke saingan Kejuaraan SMX Dunia 2026 termasuk siri AMA Pro Motocross, dengan perkembangan lanjut mengenai status kesihatannya akan diumumkan dari semasa ke semasa.

Tomac mengakui kecewa apabila terpaksa mengetepikan aksinya seawal pusingan pembukaan selepas begitu teruja untuk mengharungi musim luar jalan bersama jentera baharu KTM.

“Saya benar-benar kecewa kerana mengalami kecederaan seawal pusingan pertama. Sejak pertama kali menunggang KTM 450 SX-F FACTORY EDITION pada penghujung tahun lalu, saya tidak sabar untuk menggunakannya dalam saingan motocross kerana pakej enjinnya sangat luar biasa dan menyeronokkan untuk ditunggang,” katanya.

Malangnya, insiden perlumbaan pada Moto 1 memberi kesan besar terhadap musim saya ketika ini. Namun saya akan mengikut nasihat doktor dan memberi fokus kepada proses pemulihan dengan harapan dapat kembali berlumba sebelum musim ini berakhir,” tambahnya.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related