Peningkatan kehadiran penonton ke acara MotoGP di Litar Antarabangsa Sepang (SIC) bukti penganjuran MotoGP di Sepang terus mendapat perhatian dan sambutan menggalakkan terhadap sukan permotoran dua roda berkelas Dunia. Penganjuran MotoGP yang diadakan pada 24-26 Oktober baru-baru ini merupakan tanda positif kepada penganjuran acara itu setelah ada peningkatan berterusan.
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif SIC, Azhan Shafriman beliau mengesahkan jumlah kehadiran penonton ke MotoGP di Sepang tahun 2025 adalah 190,997 penonton. Untuk rekod, pada tahun 2024 kehadiran penonton adalah 184,923 manakala pada 2023 kehadiran penonton sebanyak 182, 912. Sebelum ini SIC menyasarkan kehadiran sebanyak 200,000 penonton namun ia tetap membanggakan dan menunjukkan trend menaik yang positif. Ini dibantu oleh pelbagai faktor dan peranan baik yang dimainkan oleh semua pihak.
SIC pada tahun ini terus mengekalkan Tiket Rahmah iaitu serendah RM49.90 seperti tahun lepas yang mampu dimiliki oleh semua lapisan peminat acara sukan MotoGP. Sejak awal tahun SIC dilihat berterusan mengukuhkan kerjasama dengan pihak Tourism Malaysia dan pejabat mereka di luar negara untuk bawa masuk lebih banyak penonton luar Malaysia menyaksikan acara tahunan ini.
Penampilan pelumba wildcard Moto3 negara yang berada pada tahap terbaik antara faktor yang menyumbang kepada peningkatan kehadiran penonton disamping kehadiran pelumba MIE Racing, Azroy Hakeem dan Helmi Azman.

Menurut Shafriman, pihak SIC telah menaik taraf kawasan pejalan kaki sekitar Main Grandstand dan proses menaik taraf akan dilakukan secara berterusan tahun – tahun hadapan. Menurutnya lagi pihaknya akan fokus kepada tandas di Welcome Center, K2 Grandstand dan F Grandstand bagi keselesaan pengguna sebelum acara MotoGP 2026.
Mengenai status Hakim Danish yang merupakan sebahagian daripada program bakat SIC yang dibangunkan bersama ZK Racing yang telah diumum secara rasmi akan bersama pasukan MSi Racing Team bermula tahun 2026 sepenuh musim turut akan dibantu oleh KBS sebagai sokongan kepada atlet negara.
Caj parkir yang dikenakan kepada pengguna motosikal dan kereta tahun ini merupakan keputusan SIC untuk mengambalikan dimana tiga tahun (2022-2024) sebelum ini tidak dikenakan kepada semua yang hadir. Caj yang dikenakan sebenarnya sangat murah berbanding negara-negara lain yang menganjurkan MotoGP.
Shafriman turut memuji pihak perubatan MotoGP dilitar kerana cekap mengendalikan insiden yang menimpa pelumba Moto3, Antonio Rueda dari pasukan Red Bull KTM Ajo dan Noah Dettwiler dari CIP Green Power Moto3. Kedua-dua mereka diterbangkan ke HKL bagi mendapat prosedur lanjut pihak perubatan terbaik negara.
Mengikut perkembangan terkini, Dettwiler telah pun stabil selepas pembedahan dan Rueda dijangka akan pulang ke Sepanyol pada hari Khamis setelah dipindahkan ke pusat perubatan swasta di Kuala Lumpur.
Baca juga:


