Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Selepas MotoGP, Dato Razlan Razali Sedia Kemudi KLCA

Berkongsi dengan Tarmac Sports pada Rabu lepas, Dato Razlan Razali mendedahkan perkembangan terbaru penglibatan beliau bagi tahun 2024 dan seterusnya selepas tidak lagi dalam MotoGP.

Sebelum ini Razlan Razali menubuhkan pasukan MotoGP sejak 2019 dibawah nama Sepang Racing Team (SRT) sebelum pada 2021 dijenamakan semula sebagai RNF MotoGP Racing. Berikutan beberapa isu melibatkan penaja, MotoGP menolak pasukan untuk beraksi musim 2024.

Menurut Razlan, Persatuan Berbasikal Kuala Lumpur atau Kuala Lumpur Cycling Association atau ringkasnya disebut sebagai KLCA di dalam perlembagaan telah menemui beliau sejak tahun 2023 bagi menawarkan jawatan Presiden KLCA.
Selepas melakukan pertimbangan yang sewajarnya dan berbincang dengan jurulatih termasuk Dato Ng Joo Ngan dan ahli jawatankuasa KLCA, Razlan bersedia untuk memikul tanggungjawab dan lakukan yang terbaik untuk persatuan.

Antara matlamat utama Razlan dalam KLCA adalah bawa kembali zaman kegemilangan dan prestij sekitar tahun 80 hingga 90-an yang dibuat oleh lagenda sukan berbasikal seperti Murugayan Kumaresan. Pertemuan pada beberapa hari lepas dengan ahli jawatankuasa turun membincangkan halatuju dan perancangan KLCA untuk tiga tahun mendatang. Kesahihan kedudukan Dato Razlan Razali sebagai Presiden baru KLCA hanya pada bulan Februari 2024 setelah mesyuarat tahunan am (AGM) selesai.

Razlan turut menambah, persediaan oleh KLCA dibuat lebih awal bagi menghadapi Sukan Malaysia (Sukma Games) yang telah dijadualkan pada 17 hingga 24 Ogos 2024. Dalam soalan yang sama mengenai penglibatan baru beliau dalam sukan berbasikal, Dato’ Razlan menjelaskan.

“Berbasikal adalah hobi saya, saya gemar berbasikal sejak tiga belas, empat belas tahun dan pernah berlatih dengan jurulatih Ng Joo Ngan. Apa yang berkaitan dengan dua roda saya berminat dan terutama terkait dengan pembangunan bakat.”

Razlan tidak menolak dengan perancangan baru yang ada, KLCA akan menyerlah di Sukma Games dan dengan pengalaman yang ada dalam sukan permotoran dan MotoGP dapat menaikkan taraf KLCA ke pasukan elit dan tak mustahil sebagai pasukan benua.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related