Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

“Saya gunakan jentera berbeza di Jerez” – Aleix Espargaro

Luca Marini, Joan Mir, dan Honda HRC Castrol tiba di Jerez Sepanyol dengan sasaran untuk  membuat anjakan dan perbaiki kekurangan yang sedia ada pada pasukan ini.

Honda HRC Castrol berjaya meraih mata dalam setiap empat pusingan sebelum ini dan, yang paling penting, mereka terus memahami keadaan prestasi semasa Honda RC213V bagi setiap pusingan.

HRC perlu memanfaatkan perlumbaan di Litar Circuito de Jerez – Angel Nieto kerana litar ini lebih tidak memerlukan kuasa maksimum yang perlu digunakan untuk keadaan laluan lurus dan membolehkan pelumba mana-mana pelumba HRC untuk memanfaatkan kekuatan Honda RC213V.

Joan Mir kembali berada dalam keadaan fizikal terbaik setelah sempat meneruskan sesi pemulihan yang menjejaskan penampilan beliau di Qatar. Pada 2024, Grand Prix Sepanyol merupakan salah satu pusingan terbaik bagi Joan Mir apabila dia meraih mata dalam kedua-dua Sprint dan Grand Prix.

Honda HRC turut diperkuatkan dengan kehadiran Aleix Espargaro dan Pasukan Ujian Honda HRC menyertai grid sebagai wildcard di Grand Prix Sepanyol. Sebelum ini Aleix menyertai ujian tertutup di Valencia pada 15 dan 16 April bagi mempercepatkan pembangunan jentera RC213V.

Aleix juga mengesahkan beliau akan menggunakan jentera yang berbeza dengan jentera yang digunakan oleh Joan Mir dan Luca Marini di Grand Prix Sepanyol. Namun sama ada penggunaan jentera ini beri kesan positif dan atau tidak hanya akan diketahui pada Ahad kerana maklumat lengkap mengenai jentera Aleix di Jerez tidak didedahkan.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related