Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Pecco Bagnaia julang trofi ke-9, muncul juara GP Thailand 2024

Pelumba Ducati, Pecco Bagnaia meneruskan saingan perebutan gelaran Juara Dunia MotoGP musim ini selepas berjaya memenangi perlumbaan Grand Prix Thailand di Buriram, sebentar tadi.

Pertarungan pada petang Ahad antara Bagnaia dan Pelumba Pramac Racing, Jorge Martin yang ditunggu-tunggu menyaksikan Jorge memimpin perlumbaan dengan cemerlang pada permulaan perlumbaan sebelum melakukan kesilapan dalam mengawal jenteranya dalam keadaan cuaca hujan.

Meskipun pada awal perlumbaan, Bagnaia terpaksa bergelut dengan permulaan yang kurang baik apabila dia tergelincir di garisan permulaan yang membuatkan beliau kehilangan posisi kepada Jorge Martin yang memintasnya dengan pantas.

Kesilapan yang dilakukan Martin ketika pertengahan perlumbaan memberi peluang kepada Pelumba Itali itu untuk bangkit dan menggunakan peluang yang ada dengan menukar kedudukan pole kepada kemenangan penting dengan memintas Martin.

GP Thailand yang penuh dramatik itu menyaksikan Bagnaia menjuarai perlumbaan, dieekori Martin di tempat kedua dan dilengkapkan oleh Pelumba Redbull GasGas Tech3, Pedro Acosta.

Kemenangan itu merupakan kemenangan Grand Prix ke-9 Bagnaia untuk musim ini dan pencapaian terbaik sepanjang kariernya yang juga turut membantu Ducati untuk muncul juara bagi kategori pengeluar untuk musim ini dengan menyumbang kepada kemenangan ke-16 dalam 17 perlumbaan setakat ini.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related