Nicolo Bulega pelumba ujian Ducati mulai 2026

Ketua Kejuaraan WorldSBK 2025, Nicolo Bulega, telah melanjutkan kontraknya bersama pasukan Aruba.it Racing dan pada masa yang sama diumumkan bakal menyertai dunia MotoGP sebagai pelumba ujian rasmi Ducati bermula tahun 2026.

Pengumuman ini bukan sahaja mengukuhkan kedudukan Bulega dalam struktur Ducati, malah membuka peluang besar dalam pembangunan jentera Desmosedici GP menjelang perubahan peraturan utama pada musim 2027.

“Saya sangat gembira diberikan tanggungjawab sebagai pelumba ujian Ducati MotoGP. Ini adalah sebahagian daripada impian saya kerana tidak ramai pelumba yang berpeluang menunggang jentera Desmosedici GP. Ia adalah pencapaian besar dalam hidup saya dan saya mahu manfaatkan peluang ini sebaik mungkin,” ungkapnya.

Bulega, yang pernah menjuarai JuniorGP pada 2015, memulakan karier dunia Grand Prix dalam kelas Moto3, sebelum menyertai Moto2. Namun, perpindahannya ke WorldSSP menjadi titik tolak penting apabila beliau mendominasi musim kedua dan muncul juara dunia.

Pada 2024, beliau menyertai pasukan pengilang Ducati di WorldSBK dan menang perlumbaan pertamanya pada debut, seterusnya meraih lima lagi kemenangan dan menamatkan musim sebagai naib juara di belakang juara bertahan Toprak Razgatlioglu.

Kini dalam musim 2025, Bulega berada di kedudukan teratas kejuaraan selepas lima pusingan mengatasi Razgatlioglu dan menjadi antara pelumba paling konsisten dan berpotensi besar.

Baca juga :

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related