Motul lanjutkan kerjasama bersama MotoGP sehingga 2030

Jenama pelincir global, Motul, mengumumkan pembaharuan kerjasama strategik bersama MotoGP untuk tempoh lima tahun lagi, sekali gus memastikan hubungan itu berterusan sehingga musim 2030.

Kerjasama jangka panjang ini merangkumi pelbagai bentuk sokongan, termasuk penajaan sepanjang musim, kempen digital dan aktivasi peminat, serta penajaan utama bagi Motul Grand Prix of Japan dan Motul Grand Prix of Valencia.

Motul dan MotoGP telah menjalin kerjasama lebih daripada 15 tahun, menjadikan hubungan ini salah satu kolaborasi paling kukuh dalam sukan permotoran dunia. Sepanjang tempoh tersebut, kedua-dua pihak memberi fokus kepada penglibatan peminat melalui aktiviti 360°, acara fizikal dan kempen dalam talian yang menggabungkan warisan perlumbaan Motul serta kejuruteraan teknikalnya dengan identiti MotoGP sebagai sukan paling mendebarkan di dunia.

Dengan pembaharuan sehingga tahun 2030, kedua-dua organisasi menyasarkan untuk memperluas pengaruh MotoGP ke khalayak yang lebih besar sambil memperkukuh aktivasi jenama di seluruh dunia.

Ketua Jenama dan Komunikasi Motul, Andreea Culcea dalam satu kenyataan menyatakan semangatnya selepas menandatangani kontrak jangka panjangnya bersama MotoGP.

“Pembaharuan kerjasama ini menunjukkan komitmen jangka panjang kami terhadap kompetisi dan inovasi. Menjadi sebahagian daripada kejohanan perlumbaan motosikal terunggul dunia membolehkan kami terus menjadi pencipta bersama prestasi, bekerja rapat dengan yang terbaik dalam industri untuk melangkaui batas teknologi dan membakar semangat perlumbaan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Komersial Dorna Sports , Dan Rossomondo turut menyambut baik pembaharuan kontrak Motul itu dengan menyatakan beliau amat mengalu-alukan perjanjian baharu ini.


“Kami berbesar hati untuk terus bekerjasama dengan Motul. Mereka bukan sekadar penaja namun kami bersama-sama, telah mencipta acara peminat yang menarik, melancarkan kempen berfokus, dan menghasilkan inovasi produk. Grand Prix seperti penutup musim di Valencia, dengan Motul sebagai penaja utama, adalah contoh terbaik apa yang ingin kami capai.

Hujung minggu perlumbaan yang penuh aktiviti dan pengalaman yang membuktikan Valencia adalah tempat wajib dikunjungi. Kami menantikan satu lagi langkah penting dalam kerjasama ini untuk memperluas MotoGP ke seluruh dunia,” ungkapnya gembira.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related