MotoGP sah kembali ke Litar Motegi sehingga tahun 2030

MotoGP bakal terus menggamatkan Litar Mobility Resort Motegi selepas pengesahan bahawa Grand Prix Jepun akan kekal dalam kalendar perlumbaan sehingga tahun 2030.

Jepun, yang telah lama menjadi pasaran penting buat sukan permotoran ini, terus menunjukkan komitmen dan semangat luar biasa dalam menyokong MotoGP, menjadikannya salah satu destinasi kegemaran peminat di seluruh dunia.

Dengan kalendar penuh musim 2026 dijangka diumumkan tidak lama lagi, peminat boleh menantikan lima tahun lagi aksi mendebarkan dari Grand Prix Jepun sebagai antara kemuncak siri perlumbaan luar Eropah.

Presiden Honda Mobilityland Corporation, Tsuyoshi Saito dalam satu kenyataan menyatakan  beliau amat berbesar hati diberikan peluang untuk terus menganjurkan sukan tersebut di negaranya.

 “Kami amat berbesar hati mengumumkan bahawa kami akan terus menganjurkan MotoGP™ Jepun di Mobility Resort Motegi pada 2026 dan tahun-tahun seterusnya. Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Encik Carmelo Ezpeleta, Dorna Sports, dan semua pihak yang telah menyokong usaha menyambung kontrak penganjuran ini.

Tambahnya lagi, beliau dan pasukannya akan terus berusaha untuk memajukan sukan permotoran dua roda dan menguruskan acara secara lestari. 

“Dengan memanfaatkan keindahan semula jadi Motegi, kami komited untuk menganjurkan Grand Prix yang bukan sahaja menjanjikan perlumbaan sengit antara bintang-bintang dunia, malah turut menampilkan pengalaman budaya dan sokongan padu daripada peminat Jepun yang menjadikan setiap edisi satu kenangan yang luar biasa,” jelasnya.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related