MotoGP: 4 Flyways ikonik

Musim MotoGP kini semakin hampir ke penghujungnya dengan hanya beberapa perlumbaan terakhir bakal menjadi penentu siapa yang akan merangkul trofi juara dunia.

Dalam masa yang sama, hujung musim juga menandakan bermulanya siri flyaways perlumbaan di luar Eropah yang sering menjadi antara momen paling ditunggu-tunggu peminat. Cuaca yang tidak menentu, drama di atas litar serta persaingan sengit menjadikan setiap aksi flyaways penuh kejutan.

Flyaways merupakan deretan Grand Prix penghujung musim yang diadakan di luar Eropah. Ia sentiasa mendapat perhatian besar daripada peminat sukan permotoran kerana merangkumi segala aksi dan babak menarik sepanjang saingan selain sering melakar sejarah baharu dalam dunia MotoGP.

Antara detik ikonik dalam senarai perlumbaan flyaways termasuk aksi mendebarkan di Phillip Island 2023, Mandalika 2022 serta GP Malaysia pada 2016, 2019 dan 2022.

Phillip Island 2023

Johann Zarco menunggu sekian lama untuk meraih kemenangan sulung di MotoGP. Selepas mengumpul 19 podium, 11 pusingan terpantas, 8 petak utama dan 91 pusingan mendahului, segala penantian itu berakhir di Phillip Island pada 2023.

Lebih dramatik, Zarco hanya mendahului satu pusingan tetapi itulah pusingan terakhir yang mengangkat namanya ke podium tertinggi.

Phillip Island sememangnya terkenal dengan drama, dan edisi 2016 turut diingati. Ketika Marc Marquez sedang mendahului, beliau terjatuh di selekoh ke-4 yang juga merupakan kali ketiganya dalam tempoh empat tahun di litar sama. Insiden itu memberi peluang keemasan buat Cal Crutchlow untuk mencatat kemenangan keduanya musim tersebut, sekali gus menjadikan “The Island” lokasi penuh kenangan manis buat pelumba #35 itu.

Sepang 2015: Rossi vs Marquez

Sepang 2015 kekal sebagai antara detik paling kontroversi dalam sejarah MotoGP. Pertarungan sengit antara Valentino Rossi dan Marc Marquez menyajikan aksi pintas-memintas, isyarat tangan, dan akhirnya pertembungan fizikal yang mengejutkan seluruh dunia. Sepuluh tahun kemudian, peristiwa itu masih disebut-sebut sebagai salah satu momen paling ikonik dalam arena sukan permotoran.

Sepang 2009

Setiap kali MotoGP bertandang ke Sepang, hujan seakan menjadi ‘pelumba tambahan’. Pada 2009, perlumbaan ditunda akibat hujan lebat sebelum Valentino Rossi mengesahkan kejuaraan terakhirnya. Tahun 2012 pula, hujan semakin deras sehingga perlumbaan dihentikan dengan lima pusingan berbaki, sekali gus memberikan Dani Pedrosa kemenangan.

Musim 2016 juga tidak kurang dramatik apabila Andrea Dovizioso menghadiahkan Ducati kemenangan pertama selepas kemarau panjang.

Mandalika 2022

Selepas lebih dua dekad, MotoGP kembali ke Indonesia dengan pembukaan litar baharu di Mandalika, Lombok. Perlumbaan sulung penuh drama itu ditangguh akibat hujan lebat, namun Miguel Oliveira tampil bergaya dengan memecut dari barisan ketiga untuk menewaskan Fabio Quartararo dan Johann Zarco.

Kemenangan penuh bergaya itu kemudian diulanginya di Buriram pada musim sama.

Flyaways 2025?

Musim 2025 sudah pun membuktikan betapa sengitnya saingan dengan lima pemenang berbeza, 11 nama berbeza di podium, dan pelbagai kisah menarik sepanjang musim.

Namun persoalannya, adakah musim ini bakal menyaksikan satu lagi nama baharu diukir dalam sejarah flyaways? Jawapannya mungkin terletak pada GP Motegi hujung minggu ini.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related