Moto2: Daniel Holgado catat rekod baharu

Masih segar dengan kemenangan sulung Moto2 minggu lalu di Catalunya, Daniel Holgado (CFMOTO Aspar Team) terus menunjukkan prestasi cemerlang di Misano apabila sekali lagi mengungguli sesi kelayakan pada petang Sabtu.

Pelumba rookie Sepanyol itu mencatat masa terpantas 1:34.216 saat yang juga merupakan rekod baharu untuk meraih petak utama keduanya musim ini.

Holgado hanya 0.040 saat lebih pantas berbanding wira tuan rumah, Celestino Vietti (SUP Racing), yang bakal menjadi ancaman utama di depan penyokong sendiri. Sementara itu, pendahulu kejuaraan, Manuel Gonzalez (Liqui Moly Dynavolt Intact GP), mengisi barisan hadapan di kedudukan ketiga, bersedia untuk mempertahankan kelebihan 38 mata untuk kekal mengungguli carta.

Di barisan kedua, Barry Baltus (Fantic Racing Lino Sonego) memulakan perlumbaan dari petak keempat, disusuli rakan sepasukan Aron Canet yang kini berada di kedudukan kedua keseluruhan kejuaraan dan memburu peluang untuk merapatkan jurang dengan Gonzalez. Pelumba Brazil, Diogo Moreira (Italtrans Racing Team), melengkapkan barisan kedua dengan catatan kompetitif di tempat keenam.

Senna Agius (Liqui Moly Dynavolt Intact GP) pula berada di petak ketujuh, diikuti oleh Tony Arbolino (Blu Cru Pramac Yamaha Moto2) yang berjaya mara dari sesi kelayakan 1 (Q1). Podium GP Catalunya, Jake Dixon (Elf Marc VDS Racing Team), bermula di petak kesembilan manakala Albert Arenas (Italjet Gresini Moto2) melengkapkan kedudukan dalam kelompok 10 terbaik.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related