Marc Marquez kekalkan dominasi

Pendahulu kejuaraan dunia, Marc Marquez (Ducati Lenovo Team), terus memperkukuh dominasi MotoGP 2025 apabila meraih kemenangan dramatik dalam perlumbaan Tissot Sprint di Red Bull Ring, Austria. Pelumba #93 itu menewaskan adiknya, Alex Marquez (BK8 Gresini Racing), untuk mencatat kemenangan ke-11 berturut-turut musim ini.

Aksi hari Sabtu itu bermula dengan insiden mengejutkan apabila Juara bertahan, Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) berdepan hujung minggu yang mengecewakan apabila dia dan Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing) hilang cengkaman tayar belakang ketika lampu hijau menyala dan tergelincir teruk. Kesilapan itu menyebabkan mereka kehilangan banyak kedudukan sejak awal perlumbaan.

Sebaliknya, Alex Marquez pula berjaya mendahului di selekoh pertama, meninggalkan Marc di belakang. Sementara itu, Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) melakukan gerakan pantas untuk memintas Marco Bezzecchi (Aprilia Racing), sekali gus merampas kedudukan kedua pada Lap 2.

Dalam beberapa pusingan awal menyaksikan Alex Marquez mengekang tekanan abangnya dengan kelebihan kurang setengah saat. Acosta pula sedikit terkeluar rentak selepas kesilapan kecil di selekoh 4, sekali gus tertinggal 1.3 saat di belakang pasangan adik-beradik itu.

Namun dengan baki lima pusingan, Marc Marquez mengambil peluang di selekoh 3 selepas keluar laju dari selekoh 2B untuk memintas adiknya. Dari situ, pelumba #93 mula melebarkan jarak dengan penuh kawalan, biarpun menerima amaran pelanggaran had trek.

Seperti dijangka, tiada kesilapan dilakukan oleh Marc. Beliau menamatkan perlumbaan dengan kelebihan lebih satu saat untuk meneruskan dominasi mutlaknya musim ini.

Keputusan Sprint

  1. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
  2. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing) +1.0s
  3. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) +1.9s
  4. Marco Bezzecchi (Aprilia Racing)
  5. Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)
  6. Fermin Aldeguer (BK8 Gresini Racing)
  7. Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3)
  8. Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)
  9. Johann Zarco (CASTROL Honda LCR)
  10. Jorge Martin (Aprilia Racing)

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related