Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Marc Marquez samai rekod Angel Nieto

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) sekali lagi membuktikan keunggulannya di MotoGP selepas mencatatkan prestasi luar biasa di GP Argentina.

Pelumba Sepanyol itu berjaya meraih petak pertama, mencatat pusingan terpantas dan menjuarai kedua-dua perlumbaan Sprint dan Grand Prix. Kemenangan bersejarah ini juga menandakan kejayaan ke-90 Marquez dalam perlumbaan Grand Prix, sekaligus menyamai rekod legenda MotoGP, Angel Nieto.

Dengan pencapaian ini, Marquez kini berada di kedudukan ketiga dalam senarai pelumba dengan kemenangan terbanyak sepanjang zaman, berkongsi tempat dengan legenda Sepanyol itu.

Selepas permulaan musim 2025 yang cemerlang, Marquez terus mendaki tangga ke arah status pelumba terhebat sepanjang zaman. Dengan 64 kemenangan MotoGP dan 90 kemenangan keseluruhan, hanya dua legenda yang masih berada di hadapannya dalam senarai tersebut dengan Valentino Rossi meraih 115 kemenangan dan Giacomo Agostini yang memegang rekod tertinggi dengan 122 kemenangan.

Hujung minggu di GP Argentina menjadi satu lagi detik gemilang buat Marquez. Dia bermula dengan cemerlang selepas mencatat pusingan kelayakan yang menakjubkan pada pagi Sabtu, sebelum meneruskan dominasinya dalam perlumbaan Sprint dengan kemenangan 0.903 saat di hadapan adiknya, Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP). Momentum ini diteruskan dalam perlumbaan utama Ahad, di mana peminat menyaksikan pertarungan sengit antara dua beradik Marquez. Akhirnya, Marc berjaya mengungguli saingannya dan sekali lagi mengukir namanya dalam sejarah MotoGP.

Dalam sidang media selepas perlumbaan, Marquez menyatakan beliau gembira dapat mencapai rekod tersebut.

“Saya sangat gembira. Ini adalah satu penghormatan besar untuk menyamai rekod Angel Nieto kerana beliau sangat penting dalam dunia permotoran Sepanyol. Beliau membuka pintu ke Kejuaraan Dunia, jadi ini adalah satu penghormatan buat saya.

Hari bersejarah ini turut membawa makna yang mendalam kepada Pablo Nieto, anak kepada Angel Nieto dan juga merupakan Pengurus Pasukan Pertamina Enduro VR46 Racing Team. Pablo mengambil peluang tersebut untuk mengucapkan terima kasih kepada Marquez kerana mengiktiraf kejayaan bapanya.

Kini, semua tumpuan beralih ke GP Amerika yang bakal berlangsung di Litar Americas, Austin, Texas pada 28-31 Mac. Litar ini merupakan salah satu kegemaran Marquez, dan sudah pasti tumpuan penuh diberikan kepada pelumba lagenda itu dalam menambah satu lagi kemenangan dalam koleksinya.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related