Marc Marquez catat kemenangan ketujuh

Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) menepati ramalan apabila terus menunjukkan penguasaannya musim ini apabila menjuarai Grand Prix Hungary di Litar Balaton dengan penuh bergaya.

Kemenangan ketujuh berturut-turut itu sekaligus mengekalkan rekod sempurna beliau dalam musim 2025, menjarakkan diri jauh di puncak carta kejuaraan dunia.

Marquez menamatkan perlumbaan yang berlangsung pada petang Ahad itu dengan kelebihan 4.3 saat di hadapan Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing) yang muncul naib juara, manakala Marco Bezzecchi (Aprilia Racing) melengkapkan podium di tempat ketiga selepas memulakan saingan dengan aksi yang begitu cemerlang.

Sorotan GP Hungary

Sebelum lampu isyarat hijau dinyalakan, Fabio Di Giannantonio (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) dikecewakan apabila terpaksa bermula dari pitlane akibat masalah teknikal. Beliau yang bermula di petak ketiga grid sekali gus terkeluar daripada perebutan kemenangan.

Ketika saingan baru memasuki selekoh kedua, insiden panas tercetus apabila Marquez dan Bezzecchi bertembung, namun kedua-duanya berjaya meneruskan perlumbaan. Bezzecchi kemudian mengetuai barisan kelompok hadapan dengan Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team) berada di belakangnya, sementara Marquez kekal memburu berada di kedudukan ketiga.

Malang pula menimpa beberapa pelumba lain, Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) tersingkir di selekoh 12, diikuti Alex Marquez (BK8 Gresini Racing) yang turut terjatuh.

Perlumbaan semakin rancak apabila Marquez mula memberikan tekanan kepada Bezzecchi. Beberapa kali percubaannya untuk memintas tidak berjaya, namun pada pusingan ke-11, pelumba Sepanyol itu akhirnya menemui ruang yang tepat ketika berada di selekoh pertama dan berjaya mendahului perlumbaan.

Marquez tidak menoleh ke belakang lagi sejurus catatan masa terpantas direkodkan, beliau berjaya menjarakkan diri sementara Bezzecchi terpaksa berhempas pulas dengan asakan demi asakan yang diberikan oleh Acosta. Pada pusingan ke-16, Acosta berjaya merampas kedudukan kedua selepas Bezzecchi melakukan kesilapan kecil di selekoh terakhir.

Tatkala Acosta cuba mengejar, Marquez sudah semakin selesa berada di kedudukan hadapan dengan kelebihan lebih tiga saat. Catatan masa konsisten membolehkannya menguasai perlumbaan sehingga ke garisan penamat.

Ini merupakan kemenangan ke-22 Marquez di litar berbeza sepanjang kariernya, sekaligus mengukuhkan kedudukan beliau dalam misi memburu gelaran dunia ke-7. Kini, pelumba berusia 32 tahun itu menguasai carta kejuaraan dengan kelebihan 175 mata, keputusan tersebut sudah hampir mustahil digugat pesaing lain.

Berikut merupakan keputusan penuh GP Hungary :

    Selepas mendominasi di Hungary, Marquez kini semakin hampir untuk mengesahkan gelaran dunia. Perlumbaan seterusnya bakal berlangsung 5 hingga ke 7 September ini di Barcelona, Sepanyol, litar ‘home ground’ buat juara dunia enam kali.

    Dengan prestasi yang sukar digugat ketika ini, ramai pemerhati berpendapat hanya keajaiban dapat menghalang Marquez daripada menggenggam trofi kejuaraan dunia musim 2025.

    “Marc kini berada dalam kelasnya yang tersendiri. Bukan sekadar menang, tetapi menang dengan dominasi penuh,” – ulasan media sukan Sepanyol Marca.

    Baca juga:

    Tinggalkan Balasan

    Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

    {"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

    Kongsi artikel ini:

    Related