Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Manuel gonzalez cipta rekod baharu

Pelumba Moto2, Manuel Gonzalez terus mengukuhkan dominasinya dalam saingan Moto2 dengan meraih petak pertama untuk kali kedua berturut-turut, kali ini dengan mencatat masa terpantas baharu di Grand Prix Argentina.

Dalam pertarungan sengit, Gonzalez berjaya menewaskan pesaing utamanya, Jake Dixon, dengan kepantasan luar biasa.

Gonzalez menguasai sesi latihan hari Jumaat, namun Dixon kembali menyerlah dalam sesi latihan 2 dengan mencatat masa terpantas 1 minit 41.486 saat sebelum menuju ke sesi kelayakan Q2.

Di Q2, kedua-dua pelumba ini terus bertukar kedudukan di tangga teratas, dengan Dixon pada mulanya mendahului selepas melakar pusingan pantas di hadapan kumpulan yang dipimpinnya. Namun, Gonzalez yang menunggang jentera Kalex tampil lebih unggul dengan catatan masa 1 minit 40.870 saat, sekali gus mencipta rekod baharu dan menjadi pelumba pertama yang mencatat masa di bawah 1 minit 41 saat di litar Termas de Rio Hondo.

Catatan luar biasa Gonzalez itu menyebabkan Dixon terpaksa berpuas hati di tempat kedua dengan perbezaan 0.200 saat, manakala Marcos Ramirez dari American Racing memanfaatkan pecutan terakhirnya untuk melonjak dari kedudukan ketujuh ke tempat ketiga, melengkapkan barisan hadapan untuk perlumbaan hari ini.

Dalam pada itu, Filip Salac yang mendapat bantuan dari rakan sepasukannya, Dixon, berjaya meraih tempat keenam meskipun meraih kedudukan ke-3 dalam Q1, manakala Alonso Lopez, yang sebelum ini memegang petak utama di Argentina, hanya mampu menduduki tempat ketujuh bagi pasukan HDR Heidrun.

Dalam pada itu, Jorge Navarro mengalami kemalangan teruk dalam Q1, menyebabkan dia hanya berada di kedudukan ke-12 dalam sesi tersebut dan bakal memulakan perlumbaan dari tempat ke-26 di grid, hari ini.

Sementara itu, Oscar Gutierrez (28) telah dipanggil sebagai pengganti di saat akhir bagi Sergio Garcia dari pasukan QJ Motor – Frinsa – MSI selepas Garcia gagal dalam ujian kecergasan.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related