Pelumba pasukan Repsol Honda, Luca Marini, menamatkan sesi ujian pra-musim hari pertama di dengan catatan masa 1:58.969. Luca berada di Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang sejak minggu lalu kerana mengambil bahagian dalam sesi ujian Shakedown, sebelum sesi ujian rasmi MotoGP bermula pada hari ini hingga 8 Februari nanti.
Disoal sama ada sesi Shakedown membantu dalam sesi ujian hari ini, kata Luca,
“Sekiranya saya berada di kedudukan kedua, seperti Acosta, mungkin saya boleh kata membantu dengan banyak. Tidak. Kami perlu mencuba banyak bahagian dan perlu mencari arah yang betul. Tidak mudah buat kami untuk masa ini. Namun, kami berkerja dengan keras dan saya berpuas hati dengan sesi pada hari pertama. Perasaan saya bersama jentera sentiasa bertambah baik.”
“Saya gembira berkerja dengan pasukan Honda, bersama mereka dari Jepun. Kami jumpa sesuatu yang baik, namun masih banyak perkara yang perlu dilakukan.”
Mengulas mengenai perbandingan antara dua enjin ketika di Sepang dan Valencia,
“Ada penambahbaikan pada enjin mereka bawa di Sepang berbanding di Valencia. Ini adalah sesuatu yang positif bagi kami. Maklum balas yang positif juga diberikan oleh pelumba-pelumba yang lain. Kami perlu terus berkerja di arah yang sama supaya mendapat pakej yang boleh ditunggang oleh semua gaya tunggangan (pelumba).”
“Enjin kali ini juga lebih laju. Lebih mudah dikawal, kuasa enjin juga lebih. Kami perlu terus berkerja (keras) seperti ini kerana bagi saya sekarang prestasi (jentera) berada di 60%.”
Luca Marini mencatat ‘Top Speed’ terpantas di hari pertama iaitu 336.4 km/j. Disoal sama ada jentera Honda lebih pantas berdasarkan top speed yang dilakukan,
“Top speed yang saya buat adalah ketika ‘Slipstream’. Pelumba lain mereka lakukan ketika mereka berseorangan.”