Leopard Racing raih kemenangan berganda

Petang penuh gemilang buat Leopard Racing apabila David Almansa dan Adrian Fernandez menghadiahkan pasukan Honda itu kedudukan 1 dan 2 pelumba moto3 terbaik pada sesi Jumaat di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Almansa muncul pelumba terpantas dengan catatan 1:40.596saat, satu-satunya pelumba yang merekodkan catatan masa di bawah 1:41 saat, meninggalkan pesaing lain dengan jurang 0.498 saat.

Rakan sepasukan Fernandez mengekori rapat di tempat kedua, manakala Joel Kelso (LEVEL-UP MTA) melengkapkan tiga terbaik. Valentin Perrone (Red Bull KTM Tech3) dan pendahulu kejuaraan dunia, Jose Antonio Rueda (Red Bull KTM Ajo), turut layak terus ke sesi kelayakan 2 (Q2) selepas masing-masing menamatkan hari di kedudukan keempat dan kelima.

Maximo Quiles (CFMOTO Gaviota Aspar Team) pula bangkit cemerlang daripada petak 17 (P17) di sesi latihan 1 (FP1) untuk menamatkan sesi di tempat keenam.

Pelumba podium Catalunya, Taiyo Furusato (Honda Team Asia), meneruskan prestasi baik dengan kedudukan ketujuh, diikuti Jacob Roulstone (Red Bull KTM Tech3) dan David Muñoz (LIQUI MOLY Dynavolt Intact GP) yang kini berada dalam prestasi terbaiknya sepanjang musim ini.

Sementara itu, Angel Piqueras (FRINSA – MT Helmets – MSI) menamatkan hari di P12, yang sudah memadai untuk pelumba Sepanyol itu mara ke Q2.

Apa lagi yang mengejutkan, apabila dia diumumkan bakal naik ke kelas moto2 pada hari yang sama bersama skuad MSI pada tahun depan.

Kurang bernasib baik, seorang lagi pelumba Sepanyol, Alvaro Carpe (Red Bull KTM Ajo), berdepan masalah teknikal pada jentera KTM-nya, menyebabkan pelumba rookie itu gagal mencabar pelumba yang berada di kelompok 14 terbaik.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related