LDTL 2025: Izzat Hilmi sasar podium untuk aksi esok

Pelumba negara, Mohamad Izzat Hilmi Abdul Halil dari pasukan Malaysia Pro Cycling, melakar keputusan membanggakan apabila menamatkan saingan di tempat ke-4 bagi peringkat keenam Le Tour de Langkawi (LTdL) 2025 yang berlangsung dari Shah Alam ke Port Dickson, hari ini. Kejayaan itu turut menyaksikan beliau dinobatkan sebagai pelumba terbaik Asia bagi peringkat tersebut.

“Alhamdulillah, saya berjaya raih tempat ke-4. Saya akan cuba sebaik mungkin untuk memburu kedudukan podium pada esok. Hari ini saya bermula di kedudukan keenam, tetapi saya terus cuba kejar dan akhirnya berjaya menamatkan perlumbaan di tempat ke-4,” jelas pelumba berusia 30 tahun itu.

Mengulas mengenai peningkatan prestasinya sejak peringkat pertama, Izzat mengakui saingan podium bukan sesuatu yang mudah, namun tetap optimis untuk menampilkan aksi terbaik dalam baki perlumbaan.

“Untuk perlumbaan seterusnya, kalau lumba dalam bunch (kumpulan besar), saya akan kekal berada dalam peloton dan lihat peluang bagaimana untuk ke depan. Saya tidak gentar dan akan cuba untuk raih podium,” tambahnya penuh bersemangat.

Menariknya, kali terakhir pelumba kelahiran Batu Pahat, Johor itu menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-4 adalah pada LTdL 2023 peringkat pertama dari Kerteh ke Kuala Terengganu dengan catatan sejauh 187.4 kilometer.

Dengan dua lagi peringkat berbaki hujung minggu ini, Izzat bertekad untuk menutup tirai LTdL 2025 dengan keputusan podium, sekali gus mengharumkan nama Malaysia di pentas berprestij ini.

Dapatkan tiket MotoGP PETRONAS Grand Prix of Malaysia 2025 yang akan berlangsung pada 24-26 Oktober ini. Anda berpeluang untuk nikmati 25% diskaun dengan masukkan kod ‘PODCAST25’ (Kod diskaun sah sehingga 20 Oktober sahaja) semasa pembelian tiket MotoGP di sepangcircuit.com.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related