Kawasan sekitar negeri Kuala Lumpur, Selangor termasuk Daerah Sepang hari ini catat kualiti udara tidak sihat malah Indeks Pencemaran Udara (IPU) melebihi 160 hingga 180.
Situasi jerebu rentas sempadan dipercayai berpunca daripada pembakaran terbuka yang tidak berjaya dikawal dibeberapa wilayah Kalimantan, Indonesia mampu mengganggu penduduk setempat terutama masalah kesihatan termasuk paru-paru.
Tambahan tiupan angin dari Monsun Barat Daya serta kedudukan geografi berhampiran negara jiran menambahkan lagi kesan jerebu yang terus mengurangkan kualiti kehidupan dan aktiviti luar rumah.
Malaysia bermula minggu hadapan bakal membuka acara sukan utama peringkatan dunia seperti Le Tour de Langkawi, Formula 1 dan acara marathon mungkin berdepan situasi luar jangka seperti pembatalan penganjuran jika IPU terus meningkat hingga ke paras bahaya.
Situasi jerebu yang semakin tidak nampak tanda-tanda bakal pulih dengan cepat berbakal merencatkan penganjuran sukan yang telah dijadualkan lebih awal. Jerebu di Malaysia seperti acara tahunan yang disebabkan oleh tangan manusia yang rakus merosakkan alam.
Pihak berkuasa tempatan seperti NADMA dan Jabatan Alam Sekitar (JAS) menasihatkan orang ramai supaya mengurangkan aktiviti luar, memakai pelitup muka, dan minum air secukupnya bagi mengurangkan risiko kesihatan.


