KTM dominasi hari pertama GP Catalunya

Red Bull KTM Factory Racing tampil garang pada sesi latihan Jumaat di Monster Energy Grand Prix of Catalonia apabila Brad Binder dan rakan sepasukannya Pedro Acosta mendominasi catatan masa.

Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) menjadi pencabar terdekat di tempat ketiga, manakala dua nama besar Francesco Bagnaia (Ducati Lenovo Team) dan Jorge Martin (Aprilia Racing) bakal berdepan saingan sengit di sesi kelayakan 1 (Q1) selepas gagal menempatkan diri dalam kelompok 10 terbaik.

Selepas minit ke-20 sesi latihan , Alex Marquez mengungguli carta diikuti Acosta serta Luca Marini (Honda HRC Castrol). Johann Zarco (Castrol Honda LCR) dan Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3) turut berada dalam kelompok lima teratas. Binder kemudiannya menyertai kelompok hadapan, meletakkan dua jentera KTM dalam tiga terbaik.

Namun, bintang utama Ducati, Bagnaia, bergelut di petak 21 (P21) dengan Jorge Martin juga jauh ketinggalan di petak 23 (P23)

Ketika baki 15 minit terakhir, Bastianini naik ke P1 sebelum dipintas oleh Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) dengan catatan 1:38.444saat. Alex Marquez pula kembali mencuri perhatian dengan masa pantas yang membawanya semula ke kedudukan teratas.

Drama berlanjutan apabila Binder dan Acosta mencipta kejutan apabila mereka bersaing rapat dengan catatan masa 1:38saat, menjadikan KTM menguasai dua tangga teratas. Malangnya buat Bagnaia, cubaan terakhirnya terhalang gara-gara bendera kuning akibat insiden kemalangan Zarco dan Bastianini.

Berikut merupakan 10 terbaik sesi latihan 2:

  1. Brad Binder (Red Bull KTM Factory Racing)
  2. Pedro Acosta (Red Bull KTM Factory Racing)
  3. Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP)
  4. Marc Marquez (Ducati Lenovo Team)
  5. Marco Bezzecchi (Aprilia Racing)
  6. Enea Bastianini (Red Bull KTM Tech3)
  7. Franco Morbidelli (Pertamina Enduro VR46 Racing Team)
  8. Johann Zarco (Castrol Honda LCR)
  9. Luca Marini (Honda HRC Castrol)
  10. Ai Ogura (Trackhouse MotoGP Team)

Dengan Binder dan Acosta membuktikan kekuatan KTM, tumpuan kini terarah kepada Bagnaia, Martin, dan Fabio Quartararo (Monster Energy Yamaha MotoGP) yang bakal berjuang habis-habisan di Q1. Pastinya saingan kelayakan Sabtu akan menyajikan drama tersendiri di Barcelona.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related