Fermin Aldeguer terlepas GP Malaysia

Pelumba Sepanyol, Fermín Aldeguer, terpaksa melupakan hasrat untuk kembali beraksi apabila disahkan tidak akan menyertai pusingan ke-19 Kejuaraan Dunia MotoGP 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, Malaysia minggu ini.

Aldeguer mengalami kecederaan patah tulang pada pangkal metakarpal pertama tangan kanan susulan kemalangan ketika perlumbaan Grand Prix Indonesia di Mandalika, Ahad lalu.

Meskipun telah menjalani pembedahan dengan jayanya, pelumba bernombor 54 itu masih belum pulih sepenuhnya untuk kembali beraksi di litar.

Sebagai langkah penggantian, naib juara WorldSBK 2026, Iker Lecuona, sekali lagi diberi kepercayaan untuk mengisi tempat Aldeguer, selepas turut menggantikannya pada pusingan Grand Prix Australia.

Untuk rekod, nasib Aldeguer di Mandalika musim ini berbeza berbanding edisi 2025 apabila beliau berjaya meraih kemenangan di litar tersebut. Kali ini, kemalangan menyaksikan beliau terpaksa menarik diri ketika sedang memburu kedudukan podium.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related