Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

KTM & Aprilia lakukan ujian persendirian di Misano

Menjelang aksi Qatar Airways Grand Prix of Qatar, dua pengeluar utama MotoGP™ KTM dan Aprilia – telah mengambil peluang untuk melakukan ujian persendirian penting di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli.

Dalam ujian tersebut, KTM menurunkan pelumba ujian berpengalaman seperti Dani Pedrosa dan Pol Espargaro, manakala Aprilia menurunkan Lorenzo Savadori, yang sebelum ini menggantikan Jorge Martin dalam beberapa pusingan awal musim.

Ujian ini merupakan peluang keemasan untuk kedua-dua pasukan mendapatkan data tambahan dan mengoptimumkan prestasi jentera mereka terutamanya dalam usaha mengejar kelebihan yang kini dimiliki Ducati.

Walaupun Savadori telah banyak menunggang RS-GP musim ini, ini merupakan penampilan pertama Pedrosa dan Espargaro sejak Ujian Shakedown di Sepang, Februari lalu.

Menariknya, ujian di Misano ini hanya melibatkan KTM dan Aprilia sahaja, dengan pengeluar kategori konsesi D , Yamaha dan Honda yang memilih untuk meneruskan program ujian mereka secara berasingan.

Ujian ini turut menjadi pemanas badan menjelang Ujian Rasmi MotoGP di Jerez pada 28 April nanti, di mana lebih banyak pasukan dan pelumba akan turun menguji pelbagai naik taraf jentera masing-masing.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related