Hafizh Rampas Kedudukan Pendahulu Asia Superbike Selepas Pusingan 3
Sebelum hadir ke Motegi Hafizh letak matlamat untuk berada paling atas dalam semua sesi dan perlumbaan. Beliau juga mengakui Motegi merupakan litar yang beliau gemar. Untuk pusingan ke-3 FIM Asia Road Racing Championship (ARRC).
Hafizh berjaya menamatkan perlumbaan 1 dikedudukan podium ke-3 dan perlumbaan 2 pada hari Ahad di tempat ke-2 dengan 36 mata berjaya dipungut sekali gus mendahului kedudukan pelumba secara keseluruhan.
Dalam perlumbaan 1 hari Sabtu, Hafizh cukup berpuas hati dengan ‘race pace’ namun dipintas saat akhir oleh pelumba BMW dan Honda.
“Saya cukup berpuas hati dengan ‘race pace’ namun ketika bersiang untuk memenangi perlumbaan, saya hampir berlanggar dengan Sho di selekoh ke-9. Kami mengenal pasti kelajuan jentera ketika membelok agak perlahan. Ini adalah permulaan yang baik dan matlamat utama untuk sampai ke podium.” – Hafizh
Hafizh sebelum minggu perlumbaan ARRC telah pun menjalani latihan pra perlumbaan endurance Suzuka 8 Hours dan berpuas hati dengan catatan masa yang telah dibuat (menghampiri rekod litar)
“Buat masa ini membawa jentera V4R sama seperti jentera saya cuma ini jentera factory World Superbike dan banyak membantu dari segi milage bersama Ducati. Ini perkembangan positif kepada diri saya dengan jentera V4R supaya saya boleh persediaan pusingan ke-3 ARRC Motegi.”
Memasuki perlumbaan 2 hari Ahad, Hafizh kongsikan jentera semakin baik namun tidak cukup untuk berdepan dengan Yuki Kunii yang lebih berpengalaman di litar Motegi. Sekali pun beliau kini mendahului kedudukan pelumba secara keseluruhan, beliau menganggap kejohanan masih panjang dan perlu merendah diri dan terus bersedia untuk ke Mandalika.
“Syukur Alhamdulillah, kita hampir lakar kemenangan di race 1 namun di race 2 pasukan banyak buat penambahbaikkan positif tapi tak cukup untuk bersaing dengan Kuni. Kita tahu Kuni sudah berlumba disini tiga minggu lepas dallam All Japan.
“Apa-apa pun saya tetap gembira untuk mendahului kedudukan kejohanan (ASB1000) tetapi kita perlu terus rendah diri dan kerja lebih keras untuk pusingan seterusnya dan kejohanan ini masih panjang.” – Hafizh Syahrin.
Hafizh juga tidak lupa untuk berterima kasih kepada pasukan JDT Racing Team kerana menyediakan jentera dengan baik dan mengucapkan terima kasih kepada peminat yang terus menyokong dari belakang.
Ini 5 kedudukan terbaik kategori Asia Superbike 1000cc selepas pusingan ke-3 Motegi:
1. Hafizh Syahrin Abdullah (JDT Racing Team) – 81 mata
2. Azlan Shah Kamaruzaman (TKKR BMW Racing Team) – 76 mata
3. Andi Farid Izdihar (Honda Asia-Dream Racing with Astemo) – 75 mata
4. Nakarin Atiratphuvapat (Honda Asia-Dream Racing with Astemo) – 74 mata
5. Yuki Kunii (SDG Team HARC-PRO Honda Ph) – 64 mata