Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

‘Kelompok 5 terbaik terlalu mustahil untuk saya’ – Ai Ogura

Pelumba rookie yang semakin mencuri perhatian, Ai Ogura, menamatkan perlumbaan Sprint di kedudukan ketujuh dan menyasarkan untuk mengekalkan prestasi yang sama dalam perlumbaan utama MotoGP yang bakal berlangsung malam ini.

Pelumba muda dari Jepun itu menyatakan harapannya untuk memperbaiki beberapa aspek menjelang perlumbaan utama demi meraih mata kejuaraan yang berharga.

Namun apabila ditanya mengenai sasaran untuk menempatkan diri dalam kelompok lima terbaik, Ogura dengan rendah diri mengakui ianya merupakan satu perkara yang sukar dicapai buat masa ini.

“Pelumba di hadapan saya menggunakan tayar lembut, dan saya dapat lihat ramai antara mereka mula bergelut selepas empat hingga lima pusingan malah ada yang terbabas. Saya bernasib baik kerana berjaya melepasi mereka. Bagi saya, kedudukan ketujuh sudah cukup memuaskan, namun saya perlu berikan fokus lebih untuk perlumbaan malam ini,” katanya.

Tambah Ogura, pasukannya masih boleh melakukan sedikit penambahbaikan terhadap jentera, namun perubahan kecil itu mungkin belum cukup untuk melonjakkan dirinya ke kelompok lima terbaik.

“Sudah tentu kami boleh baiki beberapa perkara kecil pada jentera, tapi saya rasa untuk berada dalam 5 terbaik selepas itu adalah terlalu sukar. Saya tak jangka akan ada perbezaan besar dalam perlumbaan utama nanti, tambahan pula pelumba yang guna tayar lembut pastinya hilang keyakinan untuk terus berentap pada kelajuan maksimum,” jelasnya.

Ogura juga menegaskan bahawa beliau sudah cukup berpuas hati dengan prestasinya dalam perlumbaan Sprint dan akan memberikan segalanya untuk memastikan keputusan yang stabil dalam perlumbaan utama nanti.

“Saya berpuas hati dengan keputusan Sprint. Harapan saya adalah untuk ulangi atau sekurang-kurangnya kekal di kedudukan ketujuh atau kelapan malam ini.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related