Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Kejutan baru bakal dicipta di GP Qatar?

Litar Antarabangsa Lusail di Doha, Qatar bakal menjadi pentas kepada pusingan keempat MotoGP™ musim 2025, dan segalanya dijangka lebih panas, lebih sengit dan lebih penuh kejutan! Dengan Alex Marquez (BK8 Gresini Racing MotoGP) kini mendahului carta Kejuaraan Dunia selepas insiden kejatuhan Marc Marquez (Ducati Lenovo Team) di COTA.

Alex Marquez tampil konsisten musim ini dengan enam kali menamatkan perlumbaan di tempat kedua (tiga dalam Sprint, tiga dalam GP utama). Namun, kemenangan sulungnya masih belum hadir. Lusail terkenal sebagai litar ‘kemenangan sulung’ bagi ramai pelumba seperti Enea Bastianini, Fabio Di Giannantonio dan Casey Stoner yang pernah melakar sejarah di sini. Namun, Mampukah Alex menyertai barisan tersebut?

Sementara itu, Marc Marquez yang pernah menang di Qatar pada 2014, kembali dengan misi untuk menebus kesilapan di COTA. Dengan hanya satu mata memisahkan dua beradik ini dalam kedudukan kejuaraan, semua akan dipertaruhkan di bawah lampu limpah Lusail.

Kemunculan semula Jorge Martin

Selepas tersisih tiga pusingan akibat kecederaan di tangan kiri dan kaki kanan, Jorge Martin (Aprilia Racing) sah kembali ke litar minggu ini. Walaupun masih belum cergas sepenuhnya, Martin nekad untuk kembali menunggang RS-GP25.

“Secara fizikal saya belum 100%, tapi jika saya dapat tamatkan perlumbaan – itu sudah dianggap satu kemenangan.

Kemunculan semula Martin dijangka memberi impak besar apabila beliau mempunyai sejarah bermula dari petak pertama sebanyak dua kali di Qatar dan meraih dua podium di litar tersebut. Dengan kepulangan pelumba Sepanyol di atas litar hujung minggu ini, dijangka saingan bakal menjadi sengit dengan keempat-empat pelumba seperti Marc, Alex , Pecco Bagnaia dan Martin yang turun dengan hasrat dan semangat yang berbeza.

Jadual Rasmi GP Qatar (Waktu Tempatan UTC+3):

Khamis:

  • 15:30 – MotoGP GearUp bersama Fabio Di Giannantonio
  • 16:00 – Sidang Media (Marc & Alex Marquez, Bagnaia)

Jumaat:

  • 14:00 – Moto3 FP1
  • 15:45 – MotoGP FP1
  • 20:00 – MotoGP FP2

Sabtu:

  • 13:30 – Moto3 FP2
  • 15:40 – Kelayakan MotoGP
  • 17:00 – Asia Talent Cup Race 1
  • 20:00 – Tissot Sprint

Ahad:

  • 14:35 – Asia Talent Cup Race 2
  • 17:00 – Moto3 GP
  • 18:15 – Moto2 GP
  • 20:00 – MotoGP GP

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related