Kejohanan FIM JuniorGP World Championship 2026 kini rasmi mengumumkan kalendar perlumbaan musim hadapan, dengan aksi bakal berlangsung di empat negara iaitu Sepanyol, Portugal, Perancis dan Itali.
Siri ini sekali lagi dijangka menjadi pentas utama bagi bakat-bakat muda dunia untuk menonjolkan kemampuan mereka dalam usaha menuju ke MotoGP.
Musim baharu akan membuka tirai pada 24 Mei di Litar Barcelona-Catalunya, Sepanyol, sebelum beralih ke Litar do Estoril, Portugal pada 14 Jun. Seterusnya, pelumba akan menguji keupayaan di Litar de Jerez- Ángel Nieto, Sepanyol pada 5 Julai, diikuti cabaran di Circuit de Nevers Magny-Cours, Perancis pada 19 Julai.
Selepas cuti musim panas, saingan akan kembali hangat di MotorLand Aragón, Sepanyol pada 27 September. Salah satu tarikan utama musim ini sudah tentu berlangsung pada 18 Oktober di Litar Dunia Misano Marco Simoncelli, Motor Valley di Itali, sebuah litar ikonik yang penuh dengan sejarah dan emosi buat peminat perlumbaan. Musim 2026 akan melabuhkan tirainya pada 8 November di Litar Ricardo Tormo, Valencia, Sepanyol, lokasi tradisi yang sering menjadi penutup kejohanan.
Selain JuniorGP, tiga kategori lain turut berlangsung dalam siri ini iaitu Kejohanan Kejuaraan Eropah (European Talent Cup (ETC), Kejohanan Moto2 Eropah (Moto2 European Championship (Moto2 EC) dan Kejohanan Stok Eropah (Stock European Championship (STK), menjadikan ia medan pembangunan paling komprehensif untuk pelumba muda di Eropah.
Dengan deretan litar bertaraf dunia dan barisan pelumba berbakat, musim 2026 dijangka sekali lagi menyajikan perlumbaan sengit, penuh drama dan menjadi platform penting bagi melahirkan bintang baharu di arena MotoGP.
Baca juga:


