Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Jorge Martin mahu fokus pemulihan

Isu perubahan peraturan yang dibangkitkan oleh pengurusan Aprilia baru-baru ini terus menjadi perdebatan hangat, terutama selepas permohonan tersebut ditolak oleh pihak MotoGP serta majoriti pelumba lain.

Namun, di sebalik kontroversi tersebut, Juara Dunia 2024, Jorge Martin, tampil dengan satu kiriman di media sosial yang menegaskan bahawa beliau kini sepenuhnya fokus terhadap proses pemulihannya.

Dalam hantaran tersebut, Martin berkongsi momen dirinya menjalani sesi pemulihan dengan kapsyen penuh semangat.

“Bermula semula, 100 peratus fokus untuk pemulihan. Vamos!”

Kiriman itu turut mendapat perhatian peminat yang sudah lama merindui aksi pelumba Sepanyol itu di litar. Rata-rata mereka membanjiri ruangan komen dengan kata-kata semangat, menantikan kepulangan Martin untuk kembali bersaing di pentas tertinggi.

Dijangka bakal membuat kemunculan semula di GP Qatar, Martin akhirnya bakal membuka tirai musim 2025 selepas terlepas tiga pusingan pertama akibat kecederaan berpanjangan. Insiden yang menimpa sejak ujian pramusim di Sepang, diikuti kemalangan sewaktu sesi latihan sebelum musim bermula, benar-benar menguji ketahanan fizikal dan mental pelumba berusia 27 tahun itu.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related