Jorge Martin gayakan helmet rekaan peminat di Catalunya

Juara dunia MotoGP 2024, Jorge Martin dari Aprilia Racing, muncul dengan helmet yang unik pada perlumbaan Grand Prix Catalunya hujung minggu ini apabila helmet yang diperagainya ketika perlumbaan dilaporkan dicipta oleh peminatnya sendiri.

Helmet motosikal hasil rekaan peminat itu merupakan reka bentuk yang dicipta melalui pertandingan rasmi yang berlangsung dari 22 Mei hingga 23 Jun dalam permainan video MotoGP25 yang dimaklumkan menerima sambutan lebih dari ribuan rekaan daripada 50 buah negara.

Rekaan yang dipilih itu juga merupakan corak dan reka bentuk yang dipilih sendiri oleh tuan badan sendiri, Martin yang menampilkan warna bendera Sepanyol, digabungkan dengan corak litar elektronik dan mata ikonik yang sinonim dengan indetitinya.

Dia turut menyifatkan pengalaman memilih reka bentuk helmet itu sendiri sebagai sesuatu yang luar biasa yang pernah dirasainya menerusi satu kenyataan.

“Sangat menakjubkan memakai helmet yang dihasilkan oleh peminat. Ramai rekaan hebat, tapi ini yang paling memukau saya. Grafik dan warna menggambarkan personaliti saya.

“Saya percaya gabungan ini akan menonjol dan terlihat hebat di atas litar! Terima kasih kepada semua yang mengambil masa mereka untuk menyertai. Saya teruja dapat menampilkan ciptaan mereka di trek dan ianya juga membuatkan saya berasa lebih dekat dengan peminat di rumah,” ujarnya.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related