Jadual Grand Prix 2026

Musim MotoGP 2026 dijangka menjadi antara yang paling epik dalam sejarah kejuaraan dunia itu apabila disahkan bakal berlangsung dengan 22 pusingan di 18 negara merentasi lima benua.

Ia menjanjikan lebih banyak aksi, kelajuan, dan detik-detik mencemaskan berbanding musim sebelumnya, satu perjalanan global yang menggabungkan tradisi dan pembaharuan dalam dunia sukan permotoran dua roda paling berprestij ini.

Musim baharu akan membuka tirainya di rantau Asia Tenggara menerusi Thai Grand Prix di Litar Antarabangsa Chang, Buriram pada penghujung Februari. Dari situ, siri perlumbaan akan mula bergerak ke negara yang sudah pasti menjadi antara lokasi yang dinanti-nantikan apabila Brazil kembali ke kalendar perlumbaan MotoGP selepas lebih dua dekad.

Asia & Amerika: Thailand (Februari–Mac), Brazil (Mac), Amerika (Austin), Qatar (April)

Eropah Klasik: Jerez, Le Mans, Barcelona, Mugello diikuti Hungary, Brno, Assen, Sachsenring, dan penghujung separuh pertama di Silverstone sebelum rehat musim panas musim panas.

Fasa Akhir (Flyaways & Jelajah Final Eropah): Aragon, San Marino, Austria, Jepun, Indonesia, Australia, Malaysia, Portugal, akhir musim di Valencia.

Kalender ini turut menyaksikan beberapa pengubahsuaian dengan GP British di Silverstone kembali ke slot asalnya pada Ogos, selepas eksperimen Mei tahun sebelumnya. GP Hungary dan GP Czech (Brno) dipercepat ke Jun, manakala GP Austria dijadualkan pada pertengahan September.

Turut terdapat rehat musim panas selama tiga minggu setelah GP Jerman (Sachsenring) untuk pemulihan dan persediaan.

Pusingan kedua diadakan di Autódromo Internacional Ayrton Senna, Goiânia dari 20 hingga 22 Mac, menggantikan tempat Argentina dalam kalendar.

Fasa penutup musim menyajikan siri perlumbaan “flyaway” dan jelajah akhir Eropah dengan GP Aragon, San Marino, Austria, Jepun, Indonesia, Australia, Malaysia, Portugal, dan kemuncak besar di Valencia.

Antara fakta menarik musim 2026 ini ialah kembalinya Brazil ke kalendar MotoGP selepas lebih 20 tahun. Kali terakhir Brazil menjadi tuan rumah ialah di litar Jacarepaguá pada 2004 dan Interlagos pada 1992. Dengan perjanjian baharu selama lima tahun, ia menandakan kebangkitan semula keghairahan peminat Amerika Selatan terhadap sukan dua roda ini.

Litar Ayrton Senna di Goiânia turut menyertai perlumbaan musim depan selepas dipilih menjadi lokasi baharu yang dimasukkan dalam kalendar musim depan.Meskipun banyak negara menyatakan minat untuk menjadi tuan rumah, MotoGP tetap mengekalkan had maksimum 22 perlumbaan setahun, selaras dengan persetujuan bersama antara FIM, pasukan dan pengeluar.

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related