‘Honda bakal jadi pencabar utama’ – Espargaro

Pelumba ujian Honda MotoGP, Aleix Espargaro, menyuarakan keyakinannya bahawa jenama Jepun itu akan kembali menjadi pencabar utama kejuaraan dunia apabila era enjin 850cc bermula pada musim 2027.

Selepas melalui tempoh sukar, Honda kini menunjukkan kebangkitan ketara dalam kempen 2025 dengan pencapaian terbaik mereka dalam lebih dua tahun termasuk kemenangan Johann Zarco di Grand Prix Perancis yang berlangsung dalam keadaan litar basah.

Kemajuan pantas Honda menarik perhatian ramai dalam pasaran pelumba bagi musim 2026, terutamanya dengan kerusi pasukan utama yang bakal kosong apabila kontrak Luca Marini tamat hujung musim ini. Terbaru, timbul laporan bahawa Jorge Martin sedang mempertimbangkan untuk menggunakan klausa prestasi dalam kontraknya bersama Aprilia bagi membuka ruang berhijrah ke Honda lebih awal daripada jangkaan.

Bercakap kepada Marca, Espargaro, yang memainkan peranan penting dalam perpindahan Martin ke Aprilia bagi musim 2025, tidak ragu-ragu terhadap masa depan projek Honda.

Saya percaya 100%. Honda ialah kuasa terbesar dalam sukan ini. Mereka ada objektif yang jelas: untuk menang semula. Tiada jalan tengah. Pasukan ujian mereka sangat kuat, tahap mereka sangat tinggi dan mereka sanggup lakukan apa sahaja,” kata Espargaro.

“Ia hanya soal masa. Kita perlukan masa untuk membina projek ini, tetapi saya percaya sejak tahun lalu hingga sekarang mereka sudah mengambil satu langkah ke depan dan akan terus melangkah lebih jauh.

Tambah Espargaro, beliau yakin Honda akan kembali menaiki podium sebelum peraturan baharu 850cc bermula, dan menjangka musim 2026 akan menjadi titik tolak utama.

“Jika mereka dapat susun semua bahan yang ada dengan baik dan berjaya tambah kuasa pada enjin 2026, saya percaya mereka boleh bersaing dalam kelompok lima terbaik dunia tahun depan. Dan saya langsung tak ragu-ragu bahawa jentera 2027 akan menjadi prototaip untuk kejuaraan dunia.

Espargaro baru-baru ini membuat kemunculan wildcard di GP Sepanyol dan berjaya menamatkan perlumbaan dalam kelompok mata sebelum penalti tekanan tayar membatalkan keputusan itu. Beliau dijangka turun sekali lagi hujung minggu ini di GP British, menjadikannya penampilan wildcard kedua peribadi dan ketiga buat Honda musim ini.

Baca juga:

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related