Tekan sini untuk pembelian tiket rasmi MotoGP Malaysia

Helmi langsung tidak perasan KIP ikut sama jatuh

Helmi wakil tunggal wildcard negara di GP Malaysia selepas Khairul Idham Pawi (KIP) disahkan retak pada tangan kiri dan bahagian kaki selepas merempuh jentera Helmi yang jatuh dihadapan.

“Untuk hari ni memang kurang bernasib baik untuk team, sesi kelayakkan kali ini kami sasar lebih sebab di FP3 keputusan menunjukkan hasil yang positif untuk kami catat masa lebih laju. Dalam sesi kelayakkan kami cuba dan menggunakan tayar kelayakkan dan memasuki selekoh ke 8 saya kehilangan cengkaman dan terus ‘highside’. Semasa KIP jatuh saya pun tidak sangka dia jatuh sekali dengan saya.” kata Helmi

Helmi turut berkongsi apa yang dilihat sewaktu KIP turut sama terbabas.

“Semasa KIP jatuh tu saya tak tahu langsung, saya rasa saya jatuh seorang dan ketika saya jatuh tidak boleh bangun terus, saya senak. Jadi bila saya ok saya ambil masa sikit dan bila saya bangun saya nampak KIP jatuh sekali dan saya nampak dia tidak bangun.”

Sejurus selepas insiden di selekoh 8, Helmi dan KIP dibawa ke Pusat Perubatan Litar Sepang untuk pemeriksaan lanjut. Helmi Azman disahkan cergas untuk berlumba oleh pihak perubatan FIM hanya mengalami bengkak tetapi tiada masalah untuk perlumbaan esok.

Helmi yang akan menjadi pelumba tunggal negara berterima kasih kepada semua yang menyokong dan sentiasa berikan yang terbaik sekali pun masih jauh dibelakang dengan tunjukkan keputusan yang positif.

Saya sebagai pelumba akan buat yang terbaik dan ingin ucapkan terima kasih kepada PETRONAS yang sentiasa bagi peluang untuk pelumba Malaysia dan mengharapkan KIP speedy recovery kerana saya rasa bersalah kerana kemalangan ni berpunca dari saya juga. Apa pun untuk esok saya fokus positif dan cuba beri saingan dengan yang lain.

Baca juga: Navarro buat comeback selepas 5 tahun

Tinggalkan Balasan

Alamat e-mel anda tidak akan disiarkan. Medan diperlukan ditanda dengan

{"email":"Email address invalid","url":"Website address invalid","required":"Required field missing"}

Kongsi artikel ini:

Related