Selepas 5 tahun tidak berjaya meraih posisi pole, Jorge Navarro (OnlyFans American Racing) mempamerkan aksi cemerlang untuk menempatkan diri dalam kedudukan yang selesa selepas berjaya menjuarai sesi kelayakan Q2 Grand Prix Petronas.
Kali terakhir beliau berjaya menduduki kedudukan pole itu adalah pada tahun 2019 yang juga merupakan pole pertamanya pada ketika itu.
Awal sesi kelayakan Q2 bermula dengan suasana yang agak tegang apabila kesemua pelumba Moto2 bersaing rapat dan Marcos Ramirez (American Racing) mendahului dengan catatan awal 2:04.475 saat.
Pada pusingan kedua, tumpuan diberikan kepada Navarro yang mengambil peluang ketika masa tambahan untuk melonjak ke P1 dan menjadikan kedudukannya lebih kukuh dan sukar dipintas pelumba lain.
Namun, apa yang lebih dramatik apabila di minit-minit terakhir, Jake Dixon (CFMOTO RCB Aspar Team) melakukan kesilapan dan terjatuh di penghujung sesi sementara Navarro terus memacu ke arah posisi pole dengan masa yang direkodkan 02:04.412 di garisan penamat.
Sementara itu, nasib Juara Dunia Moto 3, Ai Ogura tidak menyebelahinya apabila menamatkan sesi kelayakan Q2 di kedudukan P7 selepas ketinggalan 0.231s pada selekoh terakhirnya.
Dalam pada itu, turut berdepan nasib yang kurang baik, dua pelumba wildcard negara Khairul Idham Pawi dan Helmi Azman terlibat dalam insiden kemalangan pada penghujung perlumbaan di Litar Antarabangsa Sepang PETRONAS (PSIC), dan menyebabkan kecederaan pada petang tadi.
Berikut merupakan keputusan keseluruhan pelumba-pelumba dalam aksi kelayakan Q2 untuk penentuan kedudukan grid pada Ahad ini :